Wednesday 11 March 2009

BAJET MINI





Bajet Mini : Dana RM60 bilion :- Pakej Rangsangan Kerajaan Prihatin

Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang menyediakan peruntukan RM60 bilion untuk satu tempoh selama dua tahun dan merupakan lebih 9% daripada keseluruhan Bajet 2009. Jumlah itu merupakan enam kali ganda berbanding dana RM10 bilion dalan Pakej Ransangan Ekonomi Pertama.

Dana ini merangkumi empat teras utama seperti berikut:-

Teras Pertama: RM2 bilion
Teras Kedua: RM10 bilion
Teras Ketiga: RM29 bilion
Teras Keempat:RM19 bilion

Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN :
Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan
Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam
Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran
Skim PROSPER Siswazah
Usaha mengurangkan pekerja asing

TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS :
Meningkatkan pemilikan rumah
Menambah baik infrastruktur awam
Bon simpanan kerajaan
Pembangunan pendidikan
Kemudahan asas di luar bandar
Program di Sabah dan Sarawak
Program mikro kredit
Membantu golongan kurang bernasib baik
Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan
Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS :
Skim jaminan modal kerja
Dana jaminan penstrukturan semula industri
Memudahkan akses ke pasaran modal
Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran
Mengurangkan kos kendalian perniagaan
Menggalakkan sektor automatif- Industri penerbangan
Elaun modal dipercepatkan- Carry back losses
Levi keuntungan atas kelapa sawit
Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN :
Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad
Projek Off-Budget
Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)
Liberalisasi sektor perkhidmatan
Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing
Pembangunan industri seni kreatif
Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

Dato Najib berkata semasa membentangkannya semalam, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan. Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini."Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi."

Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. "Malahan, semasa negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara," kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

Pak Pelandok menyambut baik pembentangan bajet mini ini dan menyifatkan ianya sebagai amat wajar dan bertepatan sekali dalam usaha Kerajaan menangani kemelut ekonomi dunia yang merudum ini, dengan segera berusaha untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.....kerana tidak siapa yang mahu keadaan ekonomi negara menghadapi cabaran getir seperti ini, tapi apa boleh buat........ekoran isu dan masalah global ini sudah tentu semua negara termasuklah Malaysia turut sama menerima tempias dan kesannya.

Tidak semua negara mampu berbuat dan bertindak seperti Malaysia.........hanya beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Eropah, Jepun dan Korea sahaja yang bertindak seperti Malaysia...........sebaliknya banyak negara terpaksa dan terjerat dengan pinjaman dan bantuan Bank Dunia dan IMF.

Bertuah sungguh rakyat dan negara ini............kerana kesan kemelesetan ekonomi dunia ini tidaklah seteruk negara lain............ini adalah kerana perancangan....dasar...........tindakan dan pertanggungjawaban Kerajaan yang benar-benar menunaikan amanah dan janji kepada rakyat...........di sebalik kestabilan politik dan keselamatan yang utuh dan terjamin dengan sokongan rakyat yang mencintai Keharmonian....Perpaduan dan Kedamaian.

Namun begitu pergolakan politik yang kian meningkat panasnya ekoran kerakusan dan keboprokan sesetengah pemimpin dan parti politik.........amat di bimbangi kerana boleh menghakis kestabilan dan keharmonian di negara ini dengan provokasi............demontrasi.........persengketaan yang tak berkesudahan sehingga boleh mengheret negara kekancah huru-hara dan kacau-bilau.

Pak Pelandok teringat kata orang tua-tua : Nak membina sesuatu adalah sukar dan mengambil masa yang panjang............tetapi untuk meruntuh dan memusnahkannya hanya dalam tempoh yang singkat dan sekejab sahaja boleh dilakukan............kerana itu hargailah Kedamaian..........Keharmonian............Perpaduan dan Kemerdekaan yang kita nikmati ini..............Sentimen dan politik keterlaluan perlu di tolak dan di ketepikan......... Malaysia Bumi Ku Bertuah.

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails