Saturday 21 March 2009

CALON PKR BUKIT SELAMBAU DI TOLAK

PKR TERSUNGKUR

Minggu ini Pak Pelandok agak sibuk kerana terpaksa mengembara di belukar Bukit Selambau. Tujuan Pak Pelandok adalah untuk meninjau dan menganalisis suasana serta `pillar' pengundi di Bukit Selambau.

Dari apa yang Pak Pelandok kesan.......rata-rata pengundi telah melahirkan muak dan bosan dengan sikap dan cara pemimpin dan Kerajaan Pakatan Campuran (istilah yang lebih tepat dari Pakatan Rakyat) yang nyata hebat menabur janji dan tidak ada satupun yang ditunaikan.

Pilihanraya ini merupakan saat yang di nanti untuk menebus kembali kesilapan semasa memilih pada Pilihanraya Umum Mac 2008. Segala apa yang di janji dan ditomahkan terhadap BN ternyata omongan kosong dan akhirnya berbalik kepada mereka sendiri.

Yang lebih mengecewakan penyokong PKR sendiri ialah apabila calon yang diumumkan semalam oleh DSAI dengan memilih Manikumar yang begitu mentah dan tidak pernahpun berkhidmat atau bergiat bersama penyokong PKR selama ini, telah di beri kepercayaan dan dijanjikan mimpi indah sehingga sanggup mengenepikan kehendak dan kemahuan ahli dan jentera PKR tempatan.

Begitulah permaian dan kaedah berpolitik PKR dan Pakatan Campuran yang memikirkan untuk menjadi calon atau untuk memerintah .......siapa sahaja pun boleh asalkan dari kalangan mereka........walhal untuk memimpin dan membentuk kerajaan memerlukan ciri......kriteria dan kemahiran selain kemampuan dan kebijaksanaan untuk memerintah dan mentadbir rakyat...negeri dan negara.

Wakil rakyat dan kerajaan bukan pekara main-main serta perlu benar-benar bertanggungjawab dan beramanah.........kerana kepentingan rakyat dan masa depan mereka adalah hal penting dan utama.

Pak Pelandok melihat kekecohan dan ketamakan serta sikap daktator pemimpin PKR mengatasi keutamaan rakyat.........sebaliknya dilihat Pilihanraya ini seperti pekara main-main dan tempat menjalankan percubaan.

Pengundi Bukit Selambau perlulah bijak dan menjelaskan sikap dan pendirian mereka dengan menolak politik main-main ini sebaliknya lebih terbuka merenung nasib dan masa depan rakyat dan negara yang tercinta ini.

5 comments:

LeeZ said...

I rasa diktaktor dalam BN lagi teruk... apa-apa pun kita tgk la nanti kalau BETULLAH jikat masin mulu PAK PELANDOK ni yang rakyat tolak calon muda PKR ni...

kembara putih said...

Biasalah tu, bukan semuanya satu kepala, ada yang tak setuju, ada yang setuju. Masa PRU12 dulu macam tu juga, tapi akhirnya kekalahan tetap di tangan UMNO & BN. Pak Pelandok patut kaji penolakan calon MIC dikalangan ahli2 UMNO. Jangan menang sorak kampung tergadai sudah la.

raden said...

i rasa betul cakap pak pelandok tu sebab ternyata apa yang PKR atau parti kelirukan rakyat pimpinan anwar tu buat selama ini. Kita ni orang di bukit selambau jangan jadi lembu dicucuk idung oleh pkr justeru itu kenalah kita pertahankan kerajaan pimpinan BN

Anonymous said...

Apa pun BN buat semuanya salah. Tapi dalam masa yang sama yang menghentam BN tu dok makan kedarah hasil usaha dan dasar BN jugak. Hipokrat betul manusia hari ni. Agaknya ibunya salah mengandung zuriat yang tidak sihat akal balighnyaaaa. Maaf terkasar tapi tulah hakikatnya.

Pak Pelandok said...

LeeZ n kembara putih

Terima kasih :...Politik perlu ada kebenaran.....atas nama apapun jangan sampai terbabas pegangan dan amanah

raden n WakSir

TQ.......omongan kosong perlu ditolak.....politik juga perlu berpegang pada yang benar.....jangan sampai tergadai...baru Pak Kaduk nak menyesal

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails