KECILNYA PENCEN TENTERA CACAT AKIBAT KEKEJAMAN KOMUNIS
Ganas.........Zalim.........Tak Berperi Kemanusiaan............itulah perkataan paling tepat dan sesuai bagi menggambarkan tindakan Komunis yang bermaharajalela di tanah air ini sejak tahun 1948 hingga 1990.
Perjuangan mempertahankan negara dari keganasan dan rampasan kuasa oleh PKM itu telah mengorbankan 11,609 nyawa termasuk 1,345 anggota keselamatan dan 2,473 orang awam. Angka itu belum mengambil kira yang cedera terhimpit dalam penderitaan sepanjang hayat.
Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kos RM203 juta (1953) dan RM169 juta (1954) untuk menentang ancaman komunis yang tidak beradab dan tidak berperikemanusiaan itu.
Mengikut sebuah laporan ...........seorang anggota tentera yang kehilangan anggota tubuh dan cacat seumur hidup kerana berjuang mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara menerima pencen kurang upaya antara RM66.36 dan RM400 sebulan...........Wajarkah bayaran sebanyak itu atau setimpalkah amaun yang diberikan kepada mereka yang menggadai nyawa demi bangsa......agama dan tanah air.
Mereka bukannya cacat dan cedera akibat kemalangan jalanraya tetapi sebaliknya terkena jerangkap samar dan serangan pengganas komunis semasa bertempur mempertahankan negara ketika zaman darurat.
Kebanyakan anggota terbabit pada masa ini sudah tua dan menerima pencen yang ditetapkan pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Sewajarnya lah kerajaan memberi perhatian dan mengkaji semula jumlah pencen mereka............kerana amat menyedihkan sekali kiranya Kerajaan tidak prihatin atau terlepas pandang kepada golongan insan berjasa ini.
Untuk rekod, ketika ini terdapat kira-kira 1,600 anggota tentera yang dikategorikan sebagai anggota kurang upaya dengan 40 peratus daripadanya mendapat kecederaan semasa bertempur dengan pengganas komunis.
Wajarkah mereka yang berjasa itu............bukan sahaja menanggung derita dan kesan sehingga hari ini...........tetapi jasa dan pengorbanan mereka hanya dibayar dengan kadar pencen yang begitu rendah dan kecil..........dengan hanya sekitar RM 100 - RM 300 sebulan..........apa yang dapat dibeli hari ini..............memadaikah pencen sekecil itu diberikan kepada insan yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk memastikan kedaulatan negara tetap utuh..........dan membolehkan kita semua hidup dengan aman.......bahagia dan selesa hingga hari ini.
Pekerja biasa yang pencen samada di sektor awam ataupun swastapun menikmati amaun yang lebih besar............apatah lagi pekerja swasya yang di bayar oleh PERKESO ekoran kemalangan dengan pencen elat atau terbitanpun jumlahnya jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh insan yang mulia dan berjasa ini.
Wajarkah mereka yang berjasa itu............bukan sahaja menanggung derita dan kesan sehingga hari ini...........tetapi jasa dan pengorbanan mereka hanya dibayar dengan kadar pencen yang begitu rendah dan kecil..........dengan hanya sekitar RM 100 - RM 300 sebulan..........apa yang dapat dibeli hari ini..............memadaikah pencen sekecil itu diberikan kepada insan yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk memastikan kedaulatan negara tetap utuh..........dan membolehkan kita semua hidup dengan aman.......bahagia dan selesa hingga hari ini.
Pekerja biasa yang pencen samada di sektor awam ataupun swastapun menikmati amaun yang lebih besar............apatah lagi pekerja swasya yang di bayar oleh PERKESO ekoran kemalangan dengan pencen elat atau terbitanpun jumlahnya jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh insan yang mulia dan berjasa ini.
Sewajarnya lah kerajaan memberi perhatian dan mengkaji semula jumlah pencen mereka............kerana amat menyedihkan sekali kiranya Kerajaan tidak prihatin atau terlepas pandang kepada golongan insan berjasa ini.
Pak Pelandok menyeru kepada semua pemimpin Kerajaan dan Pembangkang..............lihatlah sama penderitaan dan kehidupan golongan mulia ini.............berilah sedikit perhatian yang setimpal daripada asyik bertelagah yang tak habis-habis dek kerana politik masing-masing.
Pak Pelandok sungguh sedih dan hiba menatap foto dan kisah yang dipaparkan di media mengenai golongan pejuang yang seperti terabai ini.............membela mereka lebih mulia dan wajar daripada berpolimik untuk membawa balik Chin Peng............manusia kezam dan zalim yang menyebabkan sengsara dan derita kepada para pejuang tanahair...........keluarga dan seluruh mangsa Komunis durjana ini
No comments:
Post a Comment