TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT
Kemelut yang melanda UMNO dan BN sejak Mac 2008 masih berbahang hebat hingga kini.
Selain terpaksa menghadapi serangan bertali arus Pakatan Rakyat............yang tak pernah jemu dan penat.......... berterusan menyerang UMNO dari setiap penjuru dalam usaha mencapai matlamat `Road to Putrajaya’ mereka.
Dalam pada itu UMNO bukan sahaja perlu berdepan dengan libasan parang panjang pembangkang.............malah terpaksa pula mencabut dan melerai duri........onak......sembilu dan karenah yang ditimbulkan dari dalam termasuk komponen BN seperti Gerakan dan PPP.
Jika PPP memeningkan kepala UMNO dan BN dengan kemelut perebutan jawatan Presiden dan pecat memecat..............maka sewajarnya BN mengkaji semula keanggotaan parti ini dalam BN. Untuk apa diterima parti nyamuk yang tak punya apa-apa kekuatan dan kelebihan ini............sekiranya mereka sendiri tak pandai menghargai ingatan dan pelawaan orang lain...........walhal parti ini adalah serpihan dan terlalu banyak masalah dan karenahnya.............lagipun tak banyak sangat sumbangan mereka kepada Bn selama ini.
Tak cukup dengan masalah dalaman..........PPP sebenarnya adalah duri tajam yang menikam dari belakang dan sentiasa menangguk di air keruh.............kita masih teringat akan beberapa tuntutan tidak berasas dan tak berakal seperti mendesak Kerajaan membebaskan tahanan ISA-HINDRAF...........mengugut keluar dari BN sekiranya tidak diberi kerusi dalam PRU 12...................dan ugutan itu berterusan baru-baru ini kerana mendakwa tidak dilayan sama rata oleh BN.
Desakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang supaya Pengerusi PKM Chin Peng dibenarkan kembali kenegara ini..........jelas sekali memaparkan sikap talam dua muka dan cauvanis mereka selama...........jika dahulu Presiden Gerakan sendiri terlibat dengan isu sensitif dengan UMNO Pulau Pinang.........sehingga Ketua Bahagian Bayan Baru digantung jawatan..............perlu dilihat semula kewajaran parti yang tewas dan ditolak rakyat ini tentang sumbangan dan kedudukan mereka.
Jika benar mereka ikhlas dan sentiasa teguh bersama BN dan UMNO......maka di saat Kerajaan dan UMNO yang berusaha keras mengembalikan sokongan rakyat...........memulihkan ekonomi negara...........membangunkan negara dengan lebih efision..............parti-parti ini adalah tidak wajar dan tidak patut sama sekali menimbulkan masalah dan menambahkan lagi kemelut serta membuka jalan yang boleh merugi dan meruncingkan lagi kerajaan dan BN.
PPP dan Gerakan perlulah juga mencerminkan diri...........sesekali menghitung kembali peranan dan kewujudan mereka...........walaupun sudah di tolak rakyat..........gagal menyelesaikan isu kaum mereka sendiri............tetapi atas semangat BN mereka tetap diberi kedudukan dan peluang.
Maka balaslah kepercayaan dan penghargaan yang diberi itu..........pekerjalah.......berilah khidmat terbaik...........janganlah terus-terusan menyalakan bara yang boleh membakar BN..............janganlah dibiarkan UMNO keseorangan menghadapi segala macam masalah..............dan jika tidak mahu membantu pun......janganlah menambahkan lagi kusut dan rencah kemelut yang ada.
Insaflah duhai para pemimpin politik sekelian...........rakyat semakin jemu dengan sengketa dan sandiwara politik yang memenuhi setiap ruang kehidupan ini sepanjang hari dan berterusan tanpa reda..........seolah-olah segala-galanya hanya kerana dan untuk hal politik semata-mata............
Cukuplah berpolitik sekadarnya sahaja...........masa yang lain kita bersama membina negara bangsa Malaysia yang hebat dan cemerlang...........bersama sebagai rakyat `1 Malaysia’ yang ikhlas........jujur.........bersatu...........yang setia.....kasih dan cintakan negara Malaysia ini.
4 comments:
Teruk betoi mereka ni yer..tu pun kita msh 'sayang' gak dgn serpihan ni
Salam,
Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah.
http://penpusaka.blogspot.com
selagi ada telunjuk lurus kelingking berkait, selagi itu BN akan alami sakit.
nak kata tak payah menahan mereka lagi pun susah juga.. kalau mereka tiada .. mane kekuatan BN ? .. kita parti2 komponen juga ada menjalankan tanggungjawabnya sendiri sebagai parti komponen kecuali PPP yang tidak membawa apa2 manfaat kepada BN ...
Post a Comment