RIWAYAT SPEAKER BERINGIN RENDANG
Sidang DUN Perak yang kecoh sejak pagi………..ekoran kedegilan dan kebiadapan bekas Speaker Sivakumar yang tak sedar diri......dengan berlansungnya drama babak demi babak sejak awal pagi hingga kini.....sungguh mengasyikkan lagi menghiburkan hati yang resah dan lara ini.
Speaker baru R. Ganesan yang dilantik mengantikan Sivakumar melaksanakan tugas dalam suasana tegang dan penuh kebingitan. Namun perjalanan dewan terganggu kerana Sivakumar yang tak faham peraturan itu..........mahu meneruskan sidang walalupun ditangguhkan oleh Ganesan.
Kebiadapan Sivakumar menganggu kelancaran sidang walaupun telah kehilangan kuasa...........menyerlahkan lagi sikap dan perilaku biadap dan tidak hormatnya kepada Pemangku Raja yang telah menunggu begitu lama di Kamar DiRaja sejak pagi.
Kesombongan dan sikap bongkak Sivakumar selama ini yang menyangka kuasa yang dimiliki sebagai Speaker begitu kebal...hebat dan besar............boleh menyelamatkan kedudukannya dan mengembalikan kuasa dan jawatan MB kepada puaknya............ternyata telah memakan diri dan begitu mudah di nyahkan melalui peraturan dan undang-undang yang di guna pakai dan dihormati semua pihak.
Maka menyalak dan melolonglah Sivakumar ini.............terpinga-pinga dalam bengis dan dungunya...........kerana sehingga awal pagi dia masih berkuasa dan beranggapan begitu mutlak untuk menentukan perjalanan Dewan dan Pertadbiran Negeri Perak.
Kesian Sivakumar................ kuasa telah terlucut.............taring telah tercabut............bisa sudah tawar..............itulah hakikat yang perlu di terima dalam amalan demokrasi dan sistem berpolitik di negara ini. Kerana selama ini merekalah yang sentiasa mengemukakan kejutan dan kaedah baru yang melanggar tradisi atas nama demokrasi dan undang-undang..........maka permainan itu tidak lagi berpihak kepada mereka.....sebaliknya apa yang diajarkan mereka selama ini telah memakan dan mengorbankan diri mereka kembali...............maka janganlah memekik............meraung dan melolong lagi...........kerana sumpah telah memakan diri.............manderom juga telah menikam kembali diri sendiri. Maka gila talak dan meroyan lah Sivakumar sekarang ini.
Bayangkan........hingga awal pagi Sivakumar masih berkuasa........sentiasa bercakap dengan kuasa hebat yang dimilikinya dengan sombong....bangga dan bongkak sekali...........betapa perkataan dan tingkahlaku biadap yang begitu menghiris perasaan rakyat Perak dan negara seluruhnya selama ini dengan siri tindakan penghinaan dan penderhakaan terhadap Sultan............tetapi ketika ini dia sudah menjadi Speaker..........sudah tiada apa-apa..........sudah menjadi wakil rakyat pembangkang yang biasa...........
Maka sedarlah Sivakumar.........Nizar dan konconya sekelian..............permainan dunia dan sandiwaranya tetap dilihat Yang Maha Kuasa.........jangan kerana kuasa kita hilang keimanan....kewarasan.........menjadi manusia yang hina dan keji..........sehingga sanggup menghina Sultan dan Perlembagaan....malah dengan sombong sanggup menguris hati dan perasaan rakyat dan bangsa. Maka tulah dan pengajarannya telah sampai...........terimalah akibat dan kesannya dari perbuatan dan tindakan bongkak dan `gila’ yang dilakukan selama ini.
Semoga episod ini memberi teladan dan pengajaran kepada kita...........bahawa apa sahaja perbuatan kita akan terpaksa menanggung akibatnya.................bentuknya sahaja berbeza tetapi hukum dan fitrahnya tetap berlaku............terima dan redzalah serta insaf dan sedarlah duhai Sivakumar....Nizar dan juak-juaknya semua.
Jika selepas ini Sivakumar masih tidak dapat menerima hakikat ini seperti juga Nizar yang masih merasakan dia masih MB............maka eloklah bersidang di `Dewan Pohon Beringin’ yang telahpun mereka persiapkan sebelum ini...........Selamat Bersidang Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian. Kasihan....Kasihan.............
1 comment:
apa yg bodoh sgt. kat usul memecat speaker tu dah ditolak oleh speaker..jangan perbodohkan org la...
Post a Comment