Tuesday, 26 May 2009

BERI BETIS HENDAK PAHA
















BAHAYANYA HINDRAF DAN KOMUNISME

Malaysia yang aman damai dan harmoni.............dibina atas perjuangan............pengorbanan......... darah..........keringat............dan airmata. Bukan sedikit jiwa yang terkorban sepanjang tempoh mengembalikan maruah dan harga diri yang dirampas. Bukan kecil juga jumlahnya nyawa yang bergalang ganti untuk memastikan negara ini terus berdaulat dan berdiri gagah sehingga hari ini.

Ribuan rakyat dan pejuang terkorban untuk mempertahankan bumi berdaulat ini..........sejak 1511 hingga 1957...........ini di lakukan dengan rela demi mempertahan agama....bangsa dan tanah air...........biar berputih tulang.........jangan sekali berputih mata.................siapakah mereka ini ?.

Menentang Portugis..........Belanda............Inggeris............Jepun dan Komunis menuntut pengorbanan yang amat tinggi...............tempoh 446 tahun adalah tempoh yang sungguh lama untuk berada dalam kehinaan dan penderitaan.

Perjuangan dan pengorbanan yang ditangisi oleh para isteri..........anak-anak.........ibu-bapa dan kaum keluarga mereka yang terkorban itu masih terdengar sedu sedanya............masih mengalir air mata pilu dan duka mereka hingga hari ini...........kerana kehilangan orang tersayang..........kehilangan pejuang terbilang demi memastikan kehidupan hari ini secemerlang ini.

Masih juga terdapat ribuan lagi pejuang dan mangsa yang tercedera..........cacat..........hilang mata pencarian.............tersisih dan hidup melarat dan serba kekurangan walaupun suatu ketika dahulu........keringat...........bakti dan jasa mereka begitu murni dan hebat bagi kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini.

NAMUN............HARI INI SEGALA GETIR.......LUKA DAN SENGSARA perjuangan dan perjalanan sejarah yang belum begitu lama itu.............seperti sudah dilupakan.............nikmat bahagia 52 tahun merdeka seakan di beri percuma dan tidak dihargai lagi..............

Hari ini kumpulan tertentu seperti HINDRAF dan parti politik ..........NGO serta individu tertentu kembali menyuarakan tuntutan............pandangan dan mula mengorak langkah sumbang............untuk membawa kembali negara tercinta ini kekancah sengketa dan kemusnahan.

Laungan `keadilan’ dan kesamarataan dengan pelbagai tuntutan kononnya mereka diabaikan...........menyeret sentimen dan rusuhan jalanan. Dakwaan penuh kesombongan............bongkak dan tidak lagi menghormati undang-undang dan Perlembagaan mula mengambil tempat dan memenuhi ruang atas nama kebebasan bersuara............rakyat mula dihasut..........dipengaruhi...........undang-undang dicemar dan dipermainkan............perasaan orang lain di guris dan dipersenda serta tidak lagi diambil peduli.

Sehingga ada yang mahukan Pengerusi Komunis Malaya Chin Peng dibenarkan kembali kenegara ini...........dengan alasan sudah meletak senjata dan tidak lagi merbahayakan negara............malah ada yang mula meniupkan cerita tentang hebat dan jasanya kepada negara kononnya...........sebagai hujah untuk membenarkan tuntutan mereka.
Pak Pelandok melihat ini semua.............tidak ubah seperti cubaan untuk mengores semula luka lama...........usaha untuk menidakan sejarah perjuangan bangsa dan negara................langkah untuk menolak kontraik sosial dan Perlembagaan...........malah ianya merupakan suara untuk menolak semangat DEB yang teramat sangat dicemburi serta tidak disenangai segelintar oputunis dan petualang.

Biar beratus tahun...........sejarah tidak boleh diubah.............sejarah tidak boleh berulang............apatah lagi yang trajis dan melukakan..............Perlembagaan dan Undang-Undang bukan mainan untuk dirombak dan diubah sewenang-wenang.............negara bukan taruhan untuk memenuhi semua tuntutan terutama yang melampau...............yang tak sedar diri dan yang cuba menafikan kedudukan dan hak orang lain.

Jadilah rakyat negara ini yang tulin kesetiaannya...........bukan lagi berkiblatkan negara lain atau masih beremosi dengan kaum dan kelompok sendiri sahaja............Jadilah rakyat 1 Malaysia.............yang satu dan sama pemikiran............kesetiaan sebagai sebuah negara bangsa yang saling hormat menghormati dan saling faham memahami dan berusaha mempertahankan kedaulatan negara sebagai kepunyaan bersama.

Pak Pelandok sungguh sedih mengenangkan keganasan yang berlaku di negara lain............seperti di Sri Langka............Kasmir...........Patani............Mindanau...........Iraq.......Afghanistan...........Palestin. Tak sanggup rasanya untuk membayangkan mala petaka ini sekiranya akan menimpa semula anak cucu dan tanah air bertuah ini. Dan lebih malang tak sanggup untuk Pak Pelandok bayangkan sekiranya ada anak bangsa sendiri yang sanggup menjadi talibarut......petualang dan mengkianati bangsa dan negara.

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails