Monday, 11 May 2009

ZAMRI YANG TEWAS


KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI MEMIHAK NIZAR

Yang di tunggu sudah terjawab..........yang mendebarkan sudah terungkai...........Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan bahawa Nizar sah sebagai MB @ Presiden Perak.

Zamri akan mengemukakan rayuan bagi menilai dan mencabar keputusan ini.....yang mungkin ada khilaf dan `lope hole'.

Apapun Nizar sudah boleh tersenyum lebar..........seperti sebelum ini...........yang tentu akan semakin ligat melambai-lambaikan tangan dengan lebih hebat dan cergas..............kerana ini memang `trade mark'nya.

Tahniah kepada Nizar kerana sehingga ini keputusan mahkamah ternyata memihak kepadanya..........dan ini jelas sekali bahawa sistem perundangan dan kehakiman di negara ini tetap berpaksi di atas kebenaran dan keadilan...........walaupun Pakatan Rakyat sering memperlekeh dan mempertikaikan sistem Kehakiman yang diamalkan dinegara ini.

Janganlah terlalu berdabik dada dan terus bersikap anggkuh....sombong dan menghina Sultan.........kerana masa hadapan belum tentu bagaimana.......dan apa pula yang akan berlaku..........kerana apa yang terjadi sebelum ini sewajarnya dijadikan pengajaran dan menginsafi kita semua....bahawa sememangnya kehidupan ini adalah sandiwara dan opera........apa sahaja boleh berlaku dan berubah sekelip mata............maka perlulah kita menjadi lebih bijaksana dan merendah diri...........

Biar bagaimana tinggi pun jua kita berkuasa..........mungkin esok hari kita kehilangannya....... kerana hari ini di anugerahkan kemenangan.....hanya sebagai ujian semula untuk melihat bagaimanakah kita akan mengurus amanah ini dengan baik dan menepati janji kita kepada sesama manusia dan Tuhan.

Menang hari ini.........bukan menang segala-galanya dan tidak juga menang untuk selama-lamanya............maka perelokkanlah budi dan pekerti............perhiaskanlah sikap dan tindakan dengan nilai dan budaya terpuji..............perilaku keji.....hina.....jelik........buruk eloklah dihindarkan sama sekali...........agar apa yang dimiliki hari ini tidak diambil semula oleh Yang Maha Kuasa.

Maka hari ini bermulalah episod baru buat Republik Perak dengan kemenangan seorang Presiden `Pertama' yang begitu buruk perjalanannya selama ini............penuh dengan penghinaan terhadap Sultan.........bangsa dan tanahairnya sendiri. Lihatlah pula selepas ini bagaimana...........wajah-wajah dan tangan-tangan lain yang bersisi gelap disebalik topeng Presiden ini...........akan lebih sombong.......ganas.........bongkak dan takburnya akan mempermainkan rentak dan tari yang lebih menghina dan menguris perasaan.

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails