Tuesday, 19 May 2009

JERAT PKR TAK MENGENA DI PENANTI

PKR TAK BERPELUANG TUNJUK BELANG

BN telah memutuskan tidak akan bertanding di PRK Penanti. Ini bermakna kemungkinan PKR hanya akan melayan calon-calon BEBAS sahaja di arena Penanti ini.

Keputusan BN ini adalah amat wajar dan tepat sekali dan sekaligus telah menghampakan niat dan hasrat PKR dan Pakatan Rakyat untuk memancing penglibatan BN.......dan yang lebih utama ialah tujuan PKR untuk terus mempermainkan amalan Demokrasi dan membuang masa dan tenaga rakyat demi mencapai tujuan kotor mereka.

Keputusan BN adalah bertepatan sekali kerana tidak mahu melayan kaedah politik murahan PKR yang sering kali membuat alasan tidak relevan dengan ungkapan `Kuasa Rakyat'........walhal ianya tidak kena mengena langsung dengan kepentingan rakyat sebaliknya adalah untuk memenuhi nafsu.......amarah dan dendam yang tak berkesudahan.

Jika mahu dilayan stail dan kaedah politik murahan seperti ini.......maka banyak kalilah PRK perlu diadakan........dan rakyat serta negara akan sentisa sibuk kerana PRK sahaja.......apahal tentang pendidikan.....ekonomi......masalah sosial dan seribu macam pekara lagi..........Hampir sepanjang tahun masa......tenaga dan kos yang besar di belanjakan secara tidak wajar demi memenuhi dan melayan permainan politik tidak matang seperti ini.

Jika hanya kerana nak melanjutkan pelajaran........tak sanggup menghadapi tekanan.......tak sempat bersama keluarga........tak cukup masa nak berkebun dan menjaga ayam-itik.........maka kerana sebab remeh dan peribadi seperti itu sahaja seorang wakil rakyat meletak jawatan.........maka apa akan jadi kepada negara sekira PM......TPM atau Menteri-Menteri silih berganti meletak jawatan dengan sebab dan alasan yang sama.

PKR juga amat keterlaluan apabila menggunakan `Kuasa Rakyat' untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka seperti amalan PKR ini kerana sebenarnya perletakan jawatan ini adalah kerana hal perebutan jawatan dalam PKR dan gerakan merebut jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Besar yang parah berleluasa dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan BN ini amat wajar sekali......kerana tempoh berpilihanraya sudah berlalu.......selalunya biarlah lima atau empat tahun sekali.......kecuali kematian dan hal yang munasabah..........selepas itu adalah waktu yang sepenuhnya ditumpukan untuk membangunkan ekonomi.......prasarana........menyelesaikan isu dan masalah rakyat........dan bukannya tak habis-habis dengan kerenah yang merugikan dan menyusahkan rakyat dan kerajaan seperti ini sahaja.

Amalan dan sikap bertanggungjawab pemimpin dan kerajaan seperti yang diamalkan selama ini..........merupakan kunci kejayaan......kemakmuran......keamanan dan kesahteraan rakyat dan negara. Sekarang ini budaya pelik yang di bawa pemimpin `de facto' PKR yang begitu bijak tapi merbahaya mempergunakan emosi dan minda rakyat sebenarnya akan membawa negara kejurang kebinasaan sekiranya rakyat masih lena dan terikut-ikut rentak yang merbahaya seperti ini.

Maka terkulat-kulatlah PKR apabila umpan mereka tidak dilayan langsung oleh BN......maka kempunanlah mereka untuk berlagak hero dan menambahkan lagi kemelut kebencian rakyat serta tak berpeluanglah mereka untuk mengadu dumba rakyat serta memecah belahkan perpaduan rakyat yang terjalin erat selama ini.

Sepatutnya mereka terus berkhidmat dan berusaha membantu rakyat khususnya di Penanti ini......yang rata-ratanya masyarakat yang berpendapatan rendah dan tinggal di kampong.......Pak Pelandok telah meninjau beberapa kampong di Penanti seperti di Kuala Mengkuang.......Mengkuang Titi.......Kg.Pelet......Padang Ibu.......Kubang Semang.......Sungai Semambu.....Tanah Liat dan lain-lain......rata-rata kehidupan mereka masih daif dan perlukan perhatian dan pembelaan. Kampong-kampong masih bermini tar yang pecah dan rosak......tiada lampu jalan.....rumah yang daif dan usang......masih ramai yang mengunakan air telaga........masih ada anak-anak yang tercicir sekolah..........itulah yang sepatutnya diberi perhatian......apatah lagi Penanti yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh......sejak dahulu adalah kawasan tradisi DSAI.....biarpun semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri mahupun kini yang dikuasai Presiden dan Ketua Umum PKR.

Malang nasibmu Penanti dan Permatang Pauh........pemimpinmu sebenarnya hanya hebat berpidato.......penuh retorik.......dan politiknya hanya untuk nafsu amarah peribadinya semata-mata.

Pak Pelandok bersyukur penuh keinsafan...........bahawa nasib dan masa depan rakyat dan negara bukan benda taruhan dan tidak wajar di perjudikan. Syabas BN........tahniah PM.........tindakan yang hebat dan terpuji demi agama......bangsa........negara.


No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails