BURUKNYA SIKAP MURSYIDUL AM PAS
Nik Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Begitulah kenyataan seorang Tok Guru dan Ulama Pas.............begitu keras..........tak ada langsung diplomasi...........tiada toleransi............tak mengambarkan langsung ciri seorang ulama atau Tok Guru............dimana kebijaksanaan dan hikmah yang menjadi pegangan ummah selama ini...........apatah lagi oleh seorang Tok Guru.
Sejak akhir-akhir ini.........tindakan dan kenyataan Nik Aziz sungguh keras dan melampaui batas sewajarnya.........tiada lagi pendekatan bijaksana dan berhikmah...........malah sungguh ketara memperlihatkan keangkuhan..........kesombongan dan sifat lupa diri.........malah ianya seperti sudah melalut dan takutkan bayang-bayang atau terlalu bimbangkan sesuatu.
Apakah ide dan niat untuk berbaik dan bergabung sebagai sebuah `Kerajaan Perpaduan' itu tidak murni.........baik dan terpuji. Tidakkah tindakan itu penting dan utama demi kesejahteraan ummah dan negara. Apakah kepentingan peribadi dan politik sempit lebih utama dari perjuangan dan masa depan agama....bangsa dan negara. Tidakkah kepentingan dan survival bangsa dan negara lebih penting dan diutamakan terutama disaat genting dan ada petanda yang menunjukan agama, bangsa dan negara sedang tenat dan berada dijurang yang boleh membinasakan.
Janganlah kepentingan peribadi diutamakan............kedudukan yang dianggap selesa hari ini yang cuba dipertahankan...........maka segala niat dan usaha murni sebegitu ditolak dan di bantah sekeras-kerasnya secara melulu. Jangalah terburu-buru..........gunakan akal dan fikiran.........bermuhasabah dan bermuzakarahlah dahulu.........jangan diikutkan emosi dan sentimen semata-mata.........kerana sikap begitu adalah mainan iblis dan syaitan belaka.
Pak Pelandok juga tidak menyangka........... dengan perwatakan alim dan warak seorang Tok Guru...........bukan begitu sewajarnya tindak-balas yang diberi.............apakah tidak cukup mulia dan terpuji untuk mengusahakan penyatuan dan perpaduan sesama agama dan bangsa.
Maka Pak Pelandok tertanya-tanya..........betulkan ini sikap seorang Tok Guru...........betulkah ini Nik Aziz............jika benar.........maka betullah kata-kata guru Pak Pelandok..........iblis dan syatan akan mengoda.........memesong..........menyesat dan merosakan sesiapa sahaja waima seorang yang alim dan warak. Banyak sejarah agama menceritakan bagaimana seorang yang amat warak dan alim kepada Tuhan......... akhirnya musnah dan tertiarap juga dengan tipu daya dan hasutan iblis............nauzubillah...............
Tidak hairanlah ini juga berlaku kepada Nik Aziz...........beliau bukan syumul..........bukan nabi...........cuma manusia biasa............kelebihanya kerana bergelar Tok Guru dan Ulama..........tetapi tetap manusia biasa...........yang tetap punya kelemahan dan kekurangan........apatah lagi yang bergelumang dalam politik sempit dunia ini...........maka tidak mustahil...........Tok Guru juga terkena serpihan dan percikan api fitnah dunia dan iblis itu...........
Apakah Nik Aziz juga mengamalkan ilmu dan ajaran Marcivelee.............atau pejuang kental ala Syiah Iran............maka jawapanya hanya ada pada Tok Guru sendiri..........kerana agama menuntut kepada yang lebih baik dan mulia..........sewajarnya dengan kedudukan...........pengaruh...........kekuatan dan kuasa yang ada...........kita `Mengagamakan politik dan urusan dunia........bukan sebaliknya mempolitik agama' demi dunia dan kepentingan peribadi.
Pak Pelandok sedih dan jemu dengan politik yang bertopengkan agama........penuh retorik............menjual AlQuran dan masjid dijadikan medan politik sedangkan rakyat terus terpinggir dan menderita.........perpecahan semakin meruncing............kekuatan kian lemah..........agama dipermainkan............budaya dan warisan diperkecilkan..........musuh dijadikan sahabat dan diikut telunjuk..............sebaliknya bangsa seagama dijadikan seteru ketat...........saudara sendiri diaib.....ditentang dan ditempelak............inikah sikap dan nilai sewajarnya..............jika kita mengaku beragama.......apatah lagi yang digelar Tok Guru dan Ulama.
Maka `kita serupa' dan samalah Niz Aziz dengan Karpal Singh yang bermati-matian menolak Islam dan gagasan Kerajaan Perpaduan........juga samalah dengan Gopalakrisnan (PKR-Pdg Serai) anak murid Nik Aziz yang selalu membaca Quran dan mempersendakannya. Kasihan Nasharuddin.........
1 comment:
Biasalah kerana politik kepentingan untuk umat islam dan melayu diketepikan .
Post a Comment