Thursday 16 July 2009

KEDAH DI SERANG WABAK GILA BABI








GILA BABI MENYERANG KEDAH

Kisah dan cerita babi memang panas di Kedah.......dulu Kerajaan PAS Kedah nak buka ladang besar di Bukit Selambau........rakyat protes dan senyap begitu sahaja.

Tiba-tiba rakyat di Alor Setar protes tentang keujudan pusat penyembelihan babi di situ.......maka Kerajaan PAS melalui MBAS pun bertindaklah merobohkan pusat penyembelihan itu.........lalu pengusaha dipusat berkenaan pula yang protes dan tunjuk perasaan.......apalagi DAP pun masuk jarum dan acah-acah serta gertak keluar pakatan rakyat........lalu Kerajaan PAS menjadi kecut dan kelam kabut.........

Bagi mengambil hati puak-puak ini........maka dicadangkan pusat sembelih dan membela babi ini di laksanakan di Pendang........maka majoriti penduduk sekitar iaitu orang Siam dan Melayu pula yang protes ......lalu projek itu tergendala sebentar.

Tut-tut......tanpa ribut tanpa taufan......Kerajaan PAS memutuskan untuk mengalih projek ini ke Sungai Tok Pawang di Bedong dekat Sungai Petani. Maka penduduk di situ yang majoriti orang India dan Melayu mula gelisah dan serba salah.......lalu turut juga memprotes keputusan pelik bin ajaib Kerajaan PAS ini.

Maka.....Pak Pelandok turut sama bersimpati dengan majoriti penduduk di situ yang bukannya kaum Cina yang banyak terlibat dalam urusan babi ini........hairan sungguh kenapa Kerajaan PAS dan MB membuat keputusan begitu.......apakah untuk mengambil hati DAP yang hanya ada satu kerusi sahaja di DUN Kedah.......atau pun kerana takut dan gentar dengan gertak dan ugutan DAP.......ataupun kerana terasa sakit yang amat sangat apabila hidung yang sudah lama di cucuk DAP itu di tarik dan di sentap.

Hairan Pak Pelandok bertambah lagi.......kerana semua kawasan yang dicadangkan itu termasuk yang muktahir di Sg. Tok Pawang........bukanlah kawasan penempatan orang Cina........sebaliknya adalah kawasan penempatan orang Melayu dan India.......kenapakah kawasan itu yang hendak di jadikan tempat proses dan ternak babi ini.........kenapa tidak di cari kawasan penempatan orang Cina......kerana mereka yang hendak mengusahakannya........banyak kawasan lain lebih sesuai seperti di Pekan Lama Sg. Petani.......Bakar Arang.......atau di Pekan Padang Serai yang memang sesuai kerana dikelilingi dan dipenuhi dengan orang Cina.

Atau yang paling sesuai sekali.....bawa lah kekawasan MB sendiri di Sg. Limau.......kawasan bendang yang masih luas sesuai sangat nak buat projek ini bagi menjaga hati orang-orang Cina dan DAP........itu baru patut dan kena...........

Rupanya kepintaran politik PAS di Kedah hanya berlegar mengenai babi sahaja.......bukalah mata dan fikiran......banyak lagi projek dan cara untuk menjana ekonomi negeri.......jangan nampak babi sahaja.........

Sekarang ini.....dahlah penyakit selsema babi menjadi wabak di dunia termasuk Malaysia ........janganlah di tambah dan di banyakan lagi tapak dan sumber penularan wabak merbahaya ini........yang peliknya negeri Kedah yang kononnya di perintah oleh Kerajaan Islam PAS pun begitu seronok dan asyik mahsyur dengan perniagaan dan hal ehwal babi ini........Islam pebenda macam tu........

Gila mengenai babi ni.......bukan sekadar Kerajaan PAS Kedah sahaja.......malah melalut kepada ustaz-ustaz PAS yang berkuliah dan berceramah saban malam di masjid dan surau seluruh Kedah.......hari-hari semasa berceramah........pada mulanya nampak baik dan betul punya.......lepas lima minit mulalah ustaz ni seleweng.......isu babi akan menjadi cerita dan bahan ceramah utama selain tak habis-habis dengan isu politik menghentam Kerajaan Pusat.

Lupakah ustaz-ustaz taliban ini........ lokasi ceramah dan kuliah mereka tu dalam masjid yang mulia.......tempat suci dan khusus untuk beribadat.......bermunajat dan mencambah ilmu agama yang bermanafaat..........kalau nak berpolitik pun janganlah dalam masjid dan biarlah di luar atau tempat dan masa yang lain.....yang masih banyak dan terbuka........

Nampak sangat ustaz-ustaz sengkek ini tak ada modal dan gila babi macam idola dan Kerajaan mereka juga........kesihan Pak Pelandok kepada para jemaah yang tak punya pilihan dan tak boleh bersuara di majlis ilmu dalam masjid itu.......mereka nak kemasjid untuk beribadah dan mencari ilmu.......bukannya nak dengan ceramah dan celoteh politik dari ustaz bengkrap dan tak sedar diri ini..........

Hinggakan para jemaah terutama yang baru cuba nak berjinak-jinak ke masjid terutama golongan muda ...... menjadi keliru...bosan dan muak dengan suasana dan gelagat ustaz yang tak sedar di untung ini.........lalu para jemaah ini pun turut sama sasau dan menjadi gila babi macam puak-puak ustaz misai kontot dan Kerajaan PAS Kedah ini.

Haru...haru.....kacau-bilau jadinya.......inikah bentuk Kerajaan Islam PAS atau cara memerintah mereka.......sudahlah sampah sarap bertimbun-timbun.....lalat semakin banyak........kemiskinan tak terbela......musibah dan malang yang menimpa rakyat tidak dipedulikan.......pemimpin mereka rakus membolot harta dan mengisi tembolok......Islamkah begitu.......betulkah caranya ini.......

Kata Dulang Paku Serpih
Kata Orang Dia Yang Lebih.....

Kokok Berderai-derai
Tahi Sendiri Lekat di Gelegar.......

Dek kerana Babi.....semuanya jadi Gila Babi........

2 comments:

AloQStaQ said...

Kerajaan Kedah sudah pening dengan masalah babi ni ... dulu pandai aja depa ceramah maki hamun Kerajaan BN, itu tak kena, ini tak kena ... tapi bila dah buleh perintah negeri, la ni baru depa cai!

lagenda said...

Salam Ziarah....

Pi dengaq ceramah PAS kemarin isu babi ni lain pulak depa dok pembohong depa kata MB Kedah hanya cadang di Sungai Toh Pawang,lepas lulus dari Jabatan Veterinar dan Alam sekitar yang nak bagi lesen kat toke babi ni ialah menteri pertanian kot mana pun kerajaan pusat dengan UMNO jugak la yang dok kena depa lepas jugak la.......Nak buat macam mana BABI2 ni suka kat negeri Kedah la ni

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails