Wednesday 26 November 2008

KERAJAAN PAS KEDAH CELARU


PAS BONEKA PKR DAN DAP DI KEDAH

Betul lah slogan dan Manifesto tu....:- PAS UNTUK SEMUA

Beberapa rentetan peristiwa mengambarkan keadaan itu :

1. PENJUALAN ARAK : Sebelum ini, DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya. Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".


2. JUAL BABI SECARA TERBUKA
: Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya. Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas kedah sekarang?

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika di katakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.

Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?

Penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru. Sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Tapi betul juga tu..... dah ternak besar-besaran...... kena lah juga jual besar-besaran dan terbuka, kan.....kan.......

3. KUATA 50% Bumiputra Pemilikan Rumah : Di Kedah dibantah habis-habisan oleh DAP termasuk dari Pusat, akhirnya PAS dan Kerajaannya terpaksa tunduk dan mengalah begitu sahaja.

4. Yang terbaru isu Ladang Ternak BABI tetap akan diteruskan walaupun dibantah oleh rakyat, ini kerana dibelakangnya adalah DAP yang tetap mahukan projek hebat ini di laksanakan. MB telah menyatakan walaupun projek ini ditangguhkan tetapi tetap akan diteruskan dengan mencari lokasi baru yang lebih sesuai.

PAK PELANDOK : Apa dah jadi ni, Kedah dah macam pasar borong......., dah jadi rojak......., kalau ikut Islam, tak kan macam tu kot nak perintah negeri..........., ni baru lapan bulan, jika lima tahun, entah apa la yang nak jadi negeri ku DARUL AMAN ni......., dengar kata la ni, hari-hari PAS bergaduh sakan dengan PKR dan DAP di Kedah, celaru..... celaru......... kata orang-orang tua : PAKU DULANG KAYU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH, Kah....Kah......Kah..........

JELAPANG PADI JADI GELARAN
NIRA, PEKASAM JUADAH SANTAPAN
LA NI ARAK, JUDI JADI KEUTAMAAN
TERNAK BABI JADI KEBANGGAAN

4 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pelandok... korek blog tak leh nak komen...

otai nak minta di korek hal babi ni biar org tahu hal sebenarnya... depa kata ini projek bn. tapi depa pi teruskan buat apa? adakah depa pun sokong bn juga?

Pak Pelandok said...
This comment has been removed by the author.
Kananggoro said...

Memang dah nyata PAS ni tak pandai nak memerintah, cakap saja pandai, kalau cakap bab agama memang hebat, babi pun sanggup bela.

Anonymous said...

Memang dah nyata PAS ni tak pandai nak memerintah, cakap saja pandai, kalau cakap bab agama memang hebat, babi pun sanggup bela.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails