PEMIMPIN DAN AHLI UMNO PERLU INSAF DAN BERUBAH
Pak Pelandok sering bermenung mengenangkan untung nasib parti keramat UMNO ni.....

Sejak penubuhannya pada 1946, bingkas perkasa menentang Malayan Union sehinggalah memaksa penjajah akur dengan tuntutan Kemerdekaan setelah mencengkam dan menginjak bangsa dan bumi bertuah ini selama 446 tahun. Lama sungguh masanya..... dan selama itulah agama dan bangsa kita dihina, diperkosa dan diperkotak-katikkan....Hak dan Peluang kita di nafikan, pendidikan di abai, ekonomi di sisih jauh, pembangunan bak `jauh api dari semanggang'.
Berkat perjuangan pemimpin silam termasuklah emak-ayah kita, belenggu itu dirongkai, kita bangun dan berlari dengan megah dan gagah.... sehingga kini selepas 51 tahun detik Kebebasan mutak, anak bangsa ini telah menerokai dunia, negara pesat membangun, peluang dan hak kita nikmati bersama dengan selesa dan harmoni......kita bangga dengan bumi bertuah ini... walaupun hanya baru merdeka 51 tahun.... masih muda dan baru bermula....tetapi kita sudah boleh `duduk sama rendah.. berdiri sama tinggi' dengan bangsa dan negara lain. Alhamdulillah.
Namun gerhana melanda parti keramat ini... bermula Mac 2008 dan hingga kini.... ekoran percaturan dan kemelut politik dalam dan luar negara.... UMNO menerima tempias dan kesannya. Bukan sahaja kemelut ekonomi dunia turut menjejaskan rakyat dan negara......malah perancangan dan perhitungan politik dunia juga turut mencorakan warna dan perjalanan politik dinegara ini.
Bumi bertuah yang makmur dan aman damai ini sememangnya di cemburui orang... kalau boleh mereka ingin mengcengkam dan menghirup kembali apa yang kita kecapi hari ini. Bukan lagi melalui penjajahan bersenjata.... tetapi di alaf global ini, penjajahan baru adalah berupa cengkaman ekonomi dan politik. Ini yang sedang melanda dunia sekarang...... Lihatlah pada nasib dan kehidupan rakyat dan negara seperti di Palestin, Iraq, Sudan, Nigeria, Afganistan(sebagai contoh)... apa maknanya kehidupan bernegara mereka....sekiranya rakyat menderita, saban hari bermandi darah, kemusnahan harta benda, kehilangan orang tersayang..... Dahulunya mereka gagah dan hebat, makmur dan bahagia..... kini saban hari berhempas pulas menyabung nyawa dan mempertahankan diri.
Malaysia..bumi bertuah..... janganlah kita humbankan kejurang kemusnahan .... sengketa politik biar berpada..... jangan digadai anak bangsa tidak berdosa...... UMNO perlu bangun dan memperkasakan diri.... kemelut, penting diri, dengki kianat bukan sumpah keturunan kita.
Perjuang perlu ikhlas, bersih, jujur dan amanah.... kembalilah pada pangkalnya.... kepentingan agama, bangsa dan tanahair adalah yang utama... bukannya mengkianati parti demi tembolok dan jawatan. Hilang kuasa dan tampok berpegang..... akan meruntun dan melenyapkan apa sahaja yang dimiliki dan dikejar selama kini..... Tiada maknanya menjadi wakil rakyat, ahli majlis tertinggi atau ketua bahagian dan cawangan kiranya parti yang didokong (sebenarnya dikianati)ini lemah, hancur dan ditolak rakyat gara-gara sikap, perilaku dan tindakan yang memual dan menjijikan.

Pak Pelandok dalam mengelamun........ teringat kata orang tua-tua.....`INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS' dan `DENGAR CAKAP ENGGANG... MAKAN BUAH BELOLOK, DENGAR CAKAP ORANG....... SESAMA KITA BERGOLOK'
3 comments:
salam pak pelandok,
UMNO memang kita sayang tapi Tengku Ahmad Rithaudeen suruh bubar Puteri,Putera lak camana tu?//
Nasib la UMNO ,lama-lama jadi kenangan aja kot..anak cucu kita nanti boleh tgk dlm buku sejarah aja la.
Ini semua sebab pemimpin politik mengamalkan rasuah(politik wang)dan kronisme yg tiada batasan.sekian.
Jangan nanti seperti kata perbidalan Melayu. Ayam Menang Sabong, Kampung Tergadai. Anak kera dihutan disusui, anak sendiri mati kelaparan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi. Busyukkkkkkk.
cutokperol dan Pok Li,
Benar kata mikee.... apa pun kita tegur kerana sayang, nasihat kerana kasih.... peringat kerana budi..... jangan dek terlalu leka dan selesa.....lupa pula `Yang Langit Tak Selalu Cerah' dan rupanya Hujan Ditengah Hari.
Post a Comment