MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu akan berlangsung tidak sampai enam hari lagi..... kempen, bendera dan sepanduk serta pelbagai risalah dan bahan propaganda bertaburan sepanjang hari disegenap ceruk Kuala Terengganu.
Pak Pelandok pun begitu asyik dan tidak pernah jemu mengikuti segala yang terpapar, terdengar dan terlihat. Pelbagai jenis dan bentuk bahan-bahan berkenaan mewarnai Kuala Terengganu ni......
Dalam pada Pak Pelandok merakamkan segala slogan, tema dan bahasa kempen bagi menyalurkan mesej parti terutamanya PAS, timbul kehairanan teramat sangat..... kerana sehingga hari ini Pak Pelandok belum pun terjumpa sebarang sepandok, bahan atau ceramah PAS yang berkaitan memperjuangkan Islam..... yang kononnya selama ini begitu di dokong dan menjadi wadah dan keutamaan perjuangan PAS.
JIka dahulu ada `pilar' seperti PAS Parti Islam, PAS Memperjuangkan Islam, PAS Menegakkan Hudud, Islam Matlamat Kita (PAS), Membangun Bersama Islam dan banyak lagi yang memperalatkan Islam sebagai momokan politik murahan demi memancing sokongan......tetapi anehnya dalam pilihanraya Kuala Terengganu ni..... demi mencapai matlamat politik mereka... selain menjaga hati dan perasaan sahabat-sahabat dari PKR dan DAP..... hilang lenyap suara mengenai HUDUD, ISLAM dan JIHAD daripada ceramah dan kempen PAS.
Terfikirlah PAK Pelandok...... rupa-rupanya benarlah seperti kata tok guru Pak Pelandok bahawa dalam politik ala PAS ni.....tidak ada yang benar dan kata-kata mengenai Islam adalah umpan dan pancing semata-mata. Maka benarlah tangggapan umum yakni dari Mok Cik dan Pok Cik di Gong Tok Naseh, Wakaf Mempelam, Kubang Ikan, Mengabang Tengah dan di Kg. Che Mat Taukeh yang Pak Pelandok temui......bahawa PAS bukan parti Islam....PAS memperalatkan Islam semata-mata..... dan PAS tidak berbeza dengan parti lain malah sama saja dengan PKR dan DAP.
Mok Cik dan Pok Cik itu berkata lagi....... jika pandai menuduh, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain, memperlekehkan usaha dan pembangunan yang telah tersergam dan terbukti depan mata sahaja kerja mereka, dok payahlah merayu-rayu lagi...... pengundi la ni..... celik doh..... doh boleh berfikir.... anak-anak mereka pun doh jadi orang-orang berjaya dan punya kerjaya dan rumah besar. Semua ini adalah nikmat pembangunan, kestabilan, kesungguhan dan bukti khidmat pemimpin yang telah menunaikan amanah dan janji demi agama, bangsa dan negara.
Taklah seperti PAS dan kawan-kawan mereka yang bersungguh-sungguh menyogokkan kepalsuan, pembohongan dan menafikan kebenaran demi mencapai hasrat mereka. Apa guna mencapai kemenangan kiranya masa depan agama, bangsa dan negara di perjudikan. Apa gunanya kejayaan sekiranya anak bangsa merempat dan merana.... Peristiwa di Palestin dan Selatan Thailand patut menjadi pengajaran kepada kita.......
Pak Pelandok mendoakan pengundi di Kuala Terengganu bermuhasabah sendiri tanpa menelan bulat-bulat segala apa yang di perkatakan kerana yang manis bukan semuanya gula..... lihatlah dengan mata hati yang tulus apa yang wujud depan mata sepanjang perjalanan hidup kita dan anak-anak di bumi bertuah ini.............

Lucunya..... PAS tak sedar harga minyak dah enam kali turun.............. tak kan lupa kot...........tu la ghairah sangat, tak sedar guna sepandok lama yg `out of date'..... kah....kah....kah.........
Ganu ku hebat dan indah............. tahniah pada Tetamu Allah yang selamat kembali ke tanahair.
3 comments:
hairannya sebab orang pas halalkan saja kelentongan pemimpin mereka...tahniah dan teruskan memblog di kt tuuuu
saya juga tak bersetuju dikalangan calon PAS yang mengutuk kerajaan tapi tidak memberi resolusi. Tetapi ada jugak sebahagian calon BN yang berbuat demikian. BN menggunakan habis-habisan media tempatan nak menghentam pembangkan. tengok saja TV3, RTM etc. Utusan dan berita harian pon lebih kurang. Mengatakan PAS bertopengkan ISLAM? Kenyataan ini pon saudara kene check balik. BN tak pernah bertopengkan ISLAM? Saudara bersetuju dengan konsep ISLAM hadhari yang rata-rata ditolak Ulama' bebas yang tidak berkaitan dengan BN atau pun PAS. Bersalaman dengan sesiapa sahaja ketika membuat lawatan walaupon bukan muhram mereka. ini banyak saya lihat dikalangan pemimpin BN. Benda ni nampak kecil tetapi sudah cukup menggambarkan sejauh mana Islam didukung dalam hati. Kemajuan tak saja bererti hidup kaya dan pembangunan yang berterusan. Nilaikan, wajarkah ktia bina bangunan bertingkat2, masjid yang besar2 tetapi kosong padahal rakyat masih lagi ramai yang susah nak mendapatkan sesuap nasi. Memang keadaan di Malaysia lebih baik berbanding negara lain yang ramai lagi yang miskin,eg. di Afrika tapi yang hendak saya tekankan disini pembangunan yang seimbang dari segi fizikal dan rohani. Kerajaan BN nampaknya perlu perbaiki ke arah itu. Cuba luangkan masa turun ke KL dan lihat kehidupan anak muda di sana bila malam tiba. Jika itu definisi kemajuan yang kita kejar... nampaknya kita sudah gagal menghadapi ujian Allah.
Saudara Anonymous
Terima kasih di atas pandangan saudara, ada pro dan kontranya....
amun begitu sememangnya Islam adalah agama syumul dan universel, keseimbangan fizikal dan rohani, dunia dan akhirat, hidup dan mati adalah merupakan pegangan yang mengimbangi tingkah laku kita dalam menjalankan amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Dalam pada itu, perlulah jua kita memperjuangan kejayaan, kebenaran dan kebahagian. Itu semua tidak datang bergolak, perlu usaha, tawakal dan di akhiri dng doa. Tidakah kita mahu mengakui nikmat yang kita kecapi hari ini perlu diwarisi kepada anak cucu kita, agar zaman gerhana yang merampas maruah dan harga diri bangsa kita dahulu tidak berulang.
Jangan jadikan perbezaan fahaman dan kemelut politik sebagai wadah perpecahan dan permusuhan sehingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya bersaudara.
Renungi sahaja perjalanan hidup kita sendiri, bermula dari dalam kandungan ibu, kemudian dilahirkan, membesar, kesekolah, universiti, berkarier dan membina keluarga baru . semuanya ini tidak terlepas atau tidak bersendirian dari sumbangan dan jasa bakti kerajaan yang membela bangsa dan tanahair ini, malah hingga kita menutup mata pun masih ada sumbangan terhadap kita. Renungi lah saudara ku......
Terima Kasih
Post a Comment