Tuesday, 24 March 2009

PKR MAIN-MAIN DI BUKIT SELAMBAU

POLITIK MAIN-MAIN DAN PERBODOH PENGUNDI & PENYOKONG

Kempen dan Aktiviti Politik di N 25 Bukit Selambau mulai aktif dan kian mewarnai segenap pelusuk Bukit Selambau terutama di kawasan bandar.

Paling menonjol ialah PKR ................dimana saban hari dan malam begitu beria-ia menjalankan ceramah umum walaupun belum dibenarkan oleh peraturan.............dimana sepatutnya sebarang aktiviti kempen hanya boleh dijalankan selepas hari penamaan calon pada 29 Mac nanti.

Seperti biasa PKR yang mendakwa begitu strategis dan pakar dalam politik ................selain mendakwa mendapat sokongan padu rakyat terutama pengundi India..............begitu ghairah mengerakan kempen tanpa batasan dan tanpa menghiraukan peraturan.

Kecelaruan...............keterbabasan dan stail main-main PKR semakin ketara serta mula dirasakan oleh umum terutama oleh penyokongnya sendiri yang selama ini begitu taksub dan mengiakan segala kata dan langkah pemimpin utamanya yang bersikap `de facto' itu............

Antara langkah sumbang dan main-main PKR itu.............adalah seperti berikut :

Pengumuman calon PKR iaitu S.Manikumar yang hanya berusia 35 tahun..........yang tidak pernah muncul dan wujud sebelum ini.................tanpa sebarang rekod perkhidmatan kepada parti............jelas sekali merupakan keputusan `de facto' pemimpin PKR................yang akhirnya di protes dan di tolak oleh penyokong sendiri..............majoritinya penyokong India.

Calon mentah yang tidak jelas jati diri dan hala tujunya.................tiba-tiba ditonjolkan.................bolehkan diharapkan untuk membawa keadilan dan pembelaan kepada rakyat jika terpilih nanti.............pada hal sebelum inipun calon mereka yang meletak jawatan juga seorang ahli EXCO..............turut kecundang pada harapan dan tanggungjawab yang ternyata begitu berat untuk dipikul.............bukan sekadar mengisi ruang atau main-main politik semata-mata.

Protes dan penolakan keputusan pemipin tertinggi PKR ini begitu memeranjatkan dan tidak di jangka sama sekali oleh DSAI...............kerana selama ini mereka mengjangkakan penyokong dan ahli PKR akan menurut apa sahaja yang diputus dan di arahkan begitu sahaja.....................keadaan ini menjelaskan betapa runcingnya keadaan dalaman PKR itu sendiri serta menampakan tanda-tanda krisis dan penolakan umum terhadap PKR yang kian jelas tembelang dan pembohongannya selama ini.

Menyedari ketelanjuran dan kesilapannya DSAI kemudian mengumumkan bahawa pemilihan calon itu merupakan `gimmik' dan `test market' semata-mata...............jelas sekali PKR tidak serius dalam menghadapi segala hal terutama pilihanraya. Kerana bagi PKR calon dan pemerintahan bukan utama.............sebaliknya sekadar penyertaan dan mengkucar-kacirkan keharmonian dan kestabilan adalah matlamat mereka.

Perletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan EXCO Pulau Pinang dengan alasan melanjutkan pelajaran di luar negeri...............adalah begitu dangkal...........pesimis dan melucukan sama sekali. Apakah mahu di sembunyikan isu sebenar...........iaitu kemelut dalaman PKR, gerakan penyingkiran dalaman dan siasatan isu penyelewengan Kuari yang sedang berjalan ketika ini. Apakah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan EXCO tidak cukup utama dan penting untuk membela rakyat dan menegak keadilan seperti omongan PKR selama ini................apakah alasan itu boleh di terima kerana kuasa baru dimiliki hanya setahun sudah menyerah kalah dan perlu mengundur diri.

Lihat pula upacara bersejarah `sidang pokok' dan tugu penderhakaan serta lelongan serpihan tugu di Perak............jelas sekali Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP sungguh-sunguh main-main dan memperbodohkan penyokong, rakyat dan sistem demokrasi negara.

Pak Pelandok melihat semua ini...............tidak lain dari retorik dan sandiwara PKR dan Pakatan Rakyat semata-mata.........selain itu paling jelas ialah main-main mereka ini untuk memperbodohkan penyokong dan rakyat dinegara ini. Apakah pengundi dan rakyat negara ini rela dan sanggup diperbodoh dan dipermainkan sedemikian rupa........dan adakah rakyat Malaysia yang rasional dan matang politiknya sanggup memperjudikan masa depan bangsa dan negara dengan kaedah politik murahan dan main-main seperti ini.

Bangunlah duhai rakyat Malaysia..............kita punya hak dan kewajipan untuk memastikan negara ini terus makmur....stabil dan harmoni serta terus di hormati di seluruh dunia seperti apa yang kita nikmati hari ini. Janganlah di jadikan mangsa para pengundi yang tinggal di ceruk Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air..........dengan menganggap mereka tidak tahu apa-apa dan mudah di main-mainkan............Tanyalah pada Pak Long dan Mak Long di Kg. Tengkorak Batu..........di Batu Belacan.............di Kg. Sungkap Para atau di Taman Sg. Lalang atau di Kg Jerung............rata-rata yang Pak Pelandok temui melahirkan nada kesal dan menyampah mereka kepada PKR yang ternyata hebat bersandiwara.......janji kosong dan menjadikan undi rakyat sebagai kuda tunggangan untuk kepentingan peribadi mereka semata.mata.

Pak Pelandok mula terasa tiupan angin perubahan di Bukit Selambau...............PKR akan di tolak dan BN akan menabur jasa dan baktinya semula kepada rakyat di Bukit selambau ini.

1 comment:

ikan emas said...

Pak Pelandok,
jangan lupa baawa banyak kali pelandok terjerat kerana lupa jeratnya ... iNGAT Perang psikologi boleh mengalahkan senjata . Main-main PKR boleh jadi MENGENA .
Sayang pak pelandok !!

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails