Thursday 12 March 2009

ROJAK BUKIT SELAMBAU



















CACA MARBA PAKATAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU
Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April 2009 ini, semua pihak memberikan tumpuan di sini selain di Bukit Gantang dan Batang Ai di Sarawak.

Persiapan jentera dan kempen..........lobi-melobi calon dan serangan kempen telah pun bermula.......dan yang paling menarik ialah caca marba dan rojak yang bercelaru di Bukit Selambau ini terutama dikalangan PKR dan Pakatan Rakyatnya.

Pak Pelandok senaraikan beberapa kekalutan dan pertembungan senario yang cuba disembunyikan kepada umum..........betapa PKR dan Pakatan Rakyat selama ini sememangnya tidak sebulu dan bertelagah secara serius serta mempunyai barah dalaman yang parah..............dan inilah petanda buruk dan busuk yang akan mewarnai dan tercuim baunya di Bukit Selambau :

13 CALON AKAN BERTANDING

Mengikut sumber SPR 13 orang calon : 9 India, 3 Melayu dan 1 Cina akan bertanding di DUN ini...........11 adalah calon Bebas yang merupakan serpihan PKR dan PAS.

AHMAD KASSIM MULA BERTINDAK..SINGKIR AHLI PBT DARI PKR YANG DIDAKWA "KACAU DAUN" KERAJAAN PAS NEGERI

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim yang baru dilantik mula mengortak langkah merobek seluruh kekuatan PKR Kedah dengan menyingkirkan Ahli-ahli Majlis, Pihak berkuasa Tempatan (PBT).Tindakan drastik itu diambil kerana beliau mendakwa sebahagiann besar Ahli Majlis dari PKR terbabit telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Pas.Menurut Sumber dalaman PKR, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang juga bekas Presiden ABIM Kedah telah menyenaraikan nama-nama Ahli Majlis yang baru bagi mengantikan ahli PKR yang beliau ketegorikan sebagai "bermasalah".

EXCO PKR MENGHINA SULTAN KEDAH

Persatuan Kerabat diRaja Kedah semalam tampil dengan memberi amaran keras ISUseorang exco Kedah yang dikatakan begitu celupar mengeluarkan kata-kata menghina KDYMM Sultan Kedah.

ORANG KUAT PKR UGUT BERTANDING

Bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal akan bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, April depan."Saya tunggu PKR membuat keputusan.Jika saya tidak dicalonkan, saya akan bertanding sebagai calon bebas.“Saya mahu bertanding kerana sudah lama dalam PKR iaitu sejak 1999 lagi. Saya paling layak kerana saya boleh berbahasa Melayu, Cina dan Tamil serta tidak terbabit dengan kes rasuah.“Tetapi PKR ini mereka suka pilih orang baru, walaupun yang tidak jadi ahli parti,” katanya.Beliau pernah bertanding kerusi DUN Derga sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 1990 dan atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1995.

KERAJAAN PAS AKAN TERUSKAN PROJEK PELIHARA BABI

Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang Babi juga dipertahankan untuk dilaksanakan? Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan. Jika dilaksanakan projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai.

SABOTAJ DALAMAN PKR

Ditengah-tengah kehangatan menghadapi PRK Bt Selambau dan dalam penelitian PKR untuk memilih calun2 yang bertanding ada juga kedengaran suara2 sumbang dari dalam PKR Kedah sendiri ada yang akan mengugut untuk bertanding sebagai calun Bebas jika tidak dipilih sebagai calun. Itu suara sumbang untuk PRK. Dalam celah2 itu pula ada juga yang mengambil kesempatan mengugut Pimpinan Pusat sagar disingkirkan 2-3 orang Pimpinan Negeri yang kononnya mendatangkan masalah didalam Perhubungan Negeri. Tapi rasanya mereka ini mengambil kesempatan untuk survivor dan kesinambungan hayat politik mereka di Kedah. Puak2 ini ibarat si Kitol dan Raja Mendaliar dalam ceramah DSAI di Markas Pas Bt Selambau pada malam 7hb Mac lalu yang dihadiri oleh kira2 6 ribu orang yang tidak beganjak walau pun hujan turun semasa DSAI menyampaikan pidatonya. Walau pun ditujukan kepada pimpinan Parti gerombolan BN tetapi tempiasnya tetap mengena kepada sesetengah pimpinan bahagian di dalam PKR Kedah. Perkara ini ibarat API DIDALAM SEKAM.

EXCO LETAK JAWATAN JANJI KEMPEN UNTUK PKR

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam yang menghilangkan diri sebelum meletakkan jawatan awal bulan lalu, telah menghubunginya dua hari lalu.Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak menyatakan dari mana Arumugam, yang sebelum ini dikatakan telah ke luar negara, dipercayai berada di India, menghubungi beliau.Menurut Anwar, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Selambau itu menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran pulang bagi membantu Pakatan Rakyat berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau."Dua hari lalu Arumugam telefon saya, dia tanya saya sama ada boleh atau tidak beliau pulang sebab hendak tolong dalam pilihan raya (kecil)."Tetapi saya kata kepadanya nanti dulu Arumugam kerana saya tidak jamin tentang keselamatan," kata beliau ketika menyampaikan Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat 2009 untuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Auditorium MBSA di sini petang ini sempena setahun selepas pilihan raya umum ke-12.

PEPERANGAN MENJADI CALON

Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan. Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut. Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai). Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok. Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik. Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya

BAKAL CALON PKR GILA DAN SPESIS KATAK

Mereka yang awal-awal lagi menawarkan diri untuk menjadi calon, mereka ini adalah umpama orang yang gila kepada jawatan dan tidak mustahil mereka ini akan terpedaya dengan jawatan dan upahan yang lebih besar di masa akan datang.. Jika ini terjadi, maka PKR akan terus melahirkan spesis katak yang hina seperti yang berlaku kepada 2 ADUN dari PKR di Perak.

AMK KEDAH SOKONG SKANDAL

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH16hb Februari, 2009: Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah mengecam tindakan memualkan dan tidak bermoral segelintir individu yang menceroboh kehidupan peribadi ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Cik Elizabeth Wong dengan menyiarkan gambar-gambar peribadi beliau yang diambil tanpa kerelaan dan tanpa kesedaran beliau.

Pak Pelandok tak hairan dengan segala macam kemelut dalaman PKR dan pakatan Rakyat tu............memang macam tu.............kerana kerja mereka hanya nak Kerusi dan Kuasa sahaja............apa jadi pada rakyat dan negara....mereka peduli apa...........ekonomi negara merudum ka...........pekerja industri di berhentikan ka............sebab tu lah bermati-matian mereka berusaha nak jadi calon............Boleh pakai ka macam tu.......... Kesian Tok Wan......Nek.......Mak Cik dan Pak Cik yang tinggal di Kg. Sungkap Para......... Kongsi Enam.........di Kg. Kuala Sin dan Pantai Cicar tu...........Pening....Pening..................Renungilah duhai pengundi Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

5 comments:

. said...

saya lihat tuan mempunyai informasi yang banyak mengenai isu bukit selambau. mungkin boleh jadi campaign manager kalau macam ni! :)

Pak Pelandok said...

Terima kasih tuan....

Saya sentiasa hadir di kebanyakan Piliharaya Kecil....membuat tinjauan, pillar study dan analisis........tapi tuan lebih hebat dan punya rangkaian yg lebih besar.....

Tuan antara sumber saya.
Terima Kasih.

Unknown said...

Sapa tak mau jadi calon oi menang jadi exco. Ustaz Azizan dah reserve satu seat Exco untuk keling PKR dari Bukit Selambau.

Kalau ditakdirkan PKR kalah di Bukit Selambau dia nak bagi kat sapa pulak. jual ubat lebih kurang BN di Kuala Terengganu jugak, menang Wan Farid confirm Timbalan Menteri.Menang Keling PKR confirm jadi Exco ganti Aru. Nampak terang dah PKR kena letak Keling adi calon.

BN patut buat kejutan sikit. Letak calon Melayu tanding kerusi Bukit Selambau macam dulu-dulu.

Kalau aku pengundi Kedah, aku pi tanding di Bukit Selambau, jadi calon bebas. Takkan hilang wang deposit punya. Silap-silap boleh menang.

ikan emas said...

DeN pun nak masuk bertanding laa...tentu meriah . Ada sesiapa yang nak menaja ?

Z-MAY said...

dari dendam yg tak padam2, biarlah si pendendam itu yg padam terus...!!! Selamat...!!!!

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails