Tuesday 10 March 2009

SOMBONGNYA PENDERHAKA







PENDERHAKAAN ATAU GILA TALAK : Sebuah catatan malang.........

Bermula dengan perlantikan Dr. Zamri sebagai MB Perak dengan perkenan Sultan...... bermulalah perjalanan penderhakaan bangsa Melayu di Perak......Nizar yang berwajah mirip bukan Melayu mengepalai `sumpah derhaka' kepada Sultan yang berdaulat dan warisan kesultanan Melayu Melaka yang menjadi bukti dan ketuanan Melayu di semenanjang ini.

Dengan megah melambai.....tersenyum palsu......berwajah seribu.......bukanlah lambang dan simbul Melayu jati.....kerana umum pun tahu siapa di belakangnya.......siapa yang lempar batu sembunyi tangan.....siapa yang menyucuk dan mengapi-apikanya.......Amatlah malang seorang yang dilihat begitu lembut dan bersopan.......tiba-tiba menjadi terlalu biadap....tak sedar diri dan tidak lagi menghiraukan perasaan bangsa nya sendiri....... betapa biadapnya berdiri.....bersuara dan menentang kerana dibelakangnya berdiri agen-agen penghancur bangsanya sendiri.

Lalu Karpal Singh yang telah merasa terlalu hebat......dan lupa pada sejarah awal keturunannya......dengan sombong akan menyaman Sultan...... memaki CELAKA terhadap Pemuda UMNO yang semestinya Melayu........dengan wajah bengis.....sombong......bongkak .......dan biadapnya.......

Maka Speaker DUN yang telah kehilangan Kerajaanya turut serta mengecam dan mengheret Kerajaan Dr. Zamri ke mahkamah.....mengadakan Sidang DUN yang tidak sah di bawah pokok.....mencatatkan sejarah lucu dan hina di dunia.....bak kanak-kanak bermain pondok-pondok

Lalu sandiwara saman menyaman oleh DAP bermula tanpa menonjolkan diri dan lebih senang mengadu dumba secara peribadi.......di sebalik berdiri rapat dan erat dengan Nizar setiap kali dia muncul atau melakukan sesuatu tindakan derhaka.

Trajiknya pada 3 Mac bersidanglah Kerajaan `pasir dua butir' atau Kerajaan Sadom yang telah lenyap itu di bawah sepohon rendang......kerana meniru aksi P. Ramlee dalam Laksaman DoReMi.......semata-mata kerana gila talak dan ketagihan kuasa yang dah hilang......

Kemuncaknya.......`ceremony' batu bersurat kononnya untuk tatapan generasi akan datang akan betapa biadap dan derhakanya Melayu dan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Sultannya. Seperti biasa dengan senyuman manis palsu dan lambaian tangan Nizar yang menjadi boneka dan pepatung ini diapit oleh wajah-wajah seirasnya......dengan bangga dan sombong menzahirkan lagi kemuncak Penderhakaan terhadap Sultannya sehingga sanggup melupai siapa diri dan susur galurnya sendiri.

Apakah batu bersurat ini mahu di samakan dengan tugu Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor di Pasir Salak...... atau samakah tarafnya dengan tugu JWW Birth dan Francis Light di Pulau Pinang..... tidak kah tugu penjajah itu merupakan titik hitam dan hina dalam sejarah peradapan bangsa dan negara.........

Pak Pelandok mula mentelaah Perlembangaan Persekutuan dan Negeri Perak.....untuk mencari jawapannya........ ternyata senario yang berlaku di Perak adalah dilandasan yang betul dan mengikut Perlembagaan.........

Kuasa Sultan adalah multak untuk melantik MB......ianya bukan kuasa rakyat....rakyat hanya memilih wakil rakyat....dan Sultan melantik MB yang mendapat sokongan majoriti.......

Kenapa semasa Sultan melantik Nizar menjadi MB dahulu....tiada yang menyembah derhaka......sepatutnya DAP yang teramat inginkan jawatan itu memulakanya......tetapi mereka tahu dan faham Perlembagaan...........

Pada hal BN lebih dahulu memiliki majoriti dalam DUN Perak kerana ianya parti (BN) yang sah berdaftar dan bergabung....sedangkan PKR bukan parti berdaftar dan tidak ada satupun parti yang memiliki majoriti......namun begitu walaupun tidak berdaftar dan dengan hanya pakatan longgar mereka masih diperkenan oleh Sultan......

Tidak pula BN memprotes atau menyembah derhaka....sebaliknya tetap menerima dan patuh kepada titah baginda Sultan......inilah tindakan bermaruah......setia.....terpuji dan bukti jati diri Melayu yang sejati........

Kuasa Sultan meliputi tiga pekara utama :

Melantik Menteri Besar..........Membubarkan Dewan....... dan Memecat Menteri Besar.............

Dalam hal ini Sultan memilih untuk mengunakan kuasa melantik Menteri Besar setelah yakin dan dengan sokongan majoroti yang diperolehi oleh BN dln DUN Perak............ kebijaksanaan dan kuasa Sultan semenangnya sudah terserlah dan tidak wajar sekali dipertikaikan lagi.....aptah lagi sehingga sanggup derhaka sedemikian rupa.

Nasihat...pandangan dan teguran semua pihak terutama dari Raja-Raja Melayu masih di ketepikan...........sebaliknya penderhakaan mereka ini masih berterusan dengan penuh kesombongan dan kebiadapan...........bukan sahaja intituisi Beraja tidak dihormati....malah perasaan rakyat majoriti Melayu tidak di ambil kira langsung.......... apatah lagi untuk mematuhi undang-undang dan perlembagaan.

Tiadakah langsung walau sekelumit perasaan di hati Nizar dan juak-juaknya untuk memikirkan tentang nilai dan makna `Keluhuran Perlembagaan'..........dan `Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' atau kepada makna Perpaduan.......Keharmonian dan Kesejahteraan yang kita junjung.........kita hayati..........dan kita bina selama ini.

Apakah kerana iri hati....dendam kesumat atau adu domba maka kita sanggup melihat agama...bangsa dan tanah air ini hancur musnah dan negara menjadi padang jarak padang tekukur atau sanggupkah kita melihat anak cucu kita melarat.....hina......merempat.........menderita............atau sanggupkah juga untuk kita melihat pertumpahan darah...........pembunuhan dan kehancuran berlaku di bumi bertuah ini.....................

Insaflah wahai Nizar dan juak-juaknya..............kepentingan peribadi jangan dijadikan keutamaan. Jihat bermakna memperjuangan agama...bangsa dan negara........... insaf dan sedarlah terhadap permainan...tipu daya...dan adu domba mereka yang berniat jahat dan berkepentingan........... Perjuangan bukan untuk memperjudikan agama......bangsa dan tanah air..............

Manusia mati meninggalkan nama..............jangan sumpah dan seranah menjadi doa kerana menjadi dalang dan peneraju kemusnahan bangsa dan tanah air sendiri......... Inikah pemimpin yang kita mahukan.............

2 comments:

Pok Li said...

sudah sampai ke di perak. Ambo nak juga tengok Dewan bawah pokok tu :)

Anonymous said...

Hello,

Bro. tak,baca sejarah ker? Dulu MB Ameno, Sultan suruh letak jawatan.. tapi tak letak pun.. ko tak kata pong itu derhaka. Dia kata Sultan hanya boleh melantik, tak boleh memecat MB...

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails