KATA DULANG PAKU SERPIH
Kuala Terengganu mulai panas..... walaupun hujan sepanjang hari dan berterusan memanjang.....
Nampaknya kempen PAS mendahului BN. Ceramah umum PAS mulai bergema di seluruh petu undi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini.
Semalam bertempat di Peti Undi Kg. Kolam dalam DUN Ladang.... PAS melancarkan tujahan serangannya. Siapa lagi penerajunya jika tidak bakal calon tidak jadi Mat Sabu.
Berapi sungguh ceramahnya...... berbagai isu dan pekara yang dikemukakanya dengan begitu bergaya dan mempesonakan.
Dari isu royalti minyak, harga barang dan minyak hinggalah kepada aspek ekonomi negara di sentuh dengan penuh keyakinan.
Tetapi apa yang Pak Pelandok muskilkan ialah mengenai fakta dan kebenaran yang di sembunyikan kepada pengundi di sini. Kenapa tidak di senaraikan projek pembangunan dan bantuan-bantuan yang berupa dana khas atau ehsan yang di keluarkan oleh Kerajaan BN kepada demi kebajikan dan kepentingan rakyat.
Kenapa juga tidak di sebutkan tentang kepesatan pembangunan seperti jalanraya yang menjang dari Kuala Terengganu ke Besut atau ke Setia dan Jertih....... kenapa juga tidak dinyatakan betapa megah dan bermanafaatnya projek ekonomi seperti pasaraya Giant dan Maidin Mall yang menjana peluang pekerjaan dan merupakan sumber ekonomi isi keluarga masyarakat di sini.
Tidakkah kita rasa bangga dengan keujudan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kampus UiTM di Cendering, Komplek baru Pasar Payang, menaiktaraf kemudahan Pantai Batu Buruk, Komplek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Universiti Darul Iman dan banyak lagi.......
Sungguh hebat dan berpotensi sekali Terengganu khususnya Kuala Terengganu untuk muncul sebagai antara bandar yang hebat dan cemerlang. Sudah pasti masa depannya begitu cerah dan menjanjikan peluang kejayaan yang hebat.
Itu yang patut disampaikan kepada pengundi.... bukannya dimomokkan dan ditakutkan dengan isu palsu seperti anti ugama, rasuah, pengundi hantu dan sebagainya lagi........
Bercakap benar dan teluslah duhai penceramah PAS, YANG SERING MELAUNGKAN SLOGAN ISLAM.
2 comments:
pelanduk...
pas guna strategi BABI iaitu BRING ANAK BINI IN untuk menang
dan misi KT iaitu KUATKAN LAGI TEMBERANG... maka pas akan menang
hahahahahah
lawan tetap lawan
tutuh tetap tutuh
pas pasti kalah
bn pasti menyerlah
menang bn di KT tu....
Mr OTAI
Hebat doh KUala Ganu ni.....
Calon PAS yang di umum semalam kurang disenangi penyokong mereka teruta dari golongan muda. Presiden PAS guna diktatorship tentukan calon yang tak ada langsung dalam senarai awal serta mengenepikan sama sekali pandangan dan kehendak pihak lain dlm PAS.
Bila lagi OTAI dan WakSir nak turun, banyak bende boleh dibuat dan ditulias.
Post a Comment