Tuesday 28 April 2009

AGENDA PENDERHAKAAN NIZAR
















TELUNJUK MENJOLOK MATA

Nizar akan mencabar Artikel 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes Dato Seri Nizar akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.30 pagi ini.

Nampaknya tak habis-habis lagi agenda penderhakaan si Nizar ini.......ianya di selang seli dengan siri penderhakaan oleh Speaker DUN Perak, Sivakumar....maka nampaknya PAS dan PKR bermain injit-injit semut dengan siri penderhakaan yang bersilih ganti terhadap Sultan Perak yang nampaknya tidak akan surut dan berkesudahan.

Apakah Nizar dan sesiapa sahaja rakyat negara ini khususnya di Perak terkecuali dari menjunjung Perlembagaan serta tidak terikat dengan kontrak sosial atau pun nilai dan etika yang menjadi pegangan dan penghormatan selama ini.

Mereka masih dengan sombong......bongkak dan bangganya bertindak mengikut sentimen....emosi dan dendam politik yang sempit sehingga tidak menghiraukan langsung perasaan dan betapa tergurisnya hati seluruh rakyat yang menjungjung tinggi entiti mulia negara bangsa ini.

Tidak cukupkah lagi rentetan penderhakaan yang di tunjukan selama ini......tidak memadaikah lagi penghinaan yang di lakukan selama ini.......dan tidak berpadakah lagi peri laku sombong dan ketidaktaatan kepada Sultan dan Negeri selama ini.

Janganlah menjadi seperti `telunjuk mencucuk mata' atau Pak Kaduk yang gila talak apabila kehilangan kampung ataupun janganlah menjadi seperti Kaduk Naik Junjung. Jangan lah kita lupa diri.....leluhur dan bumi tempat berpijak ini dek kerana semangat dan hasutan orang lain yang berselindung di balik lalang sehelai......janganlah kita disebut seperti manusia yang tidak punya harga diri dan jati diri dek termakan adu domba dan di peralatkan oleh orang lain yang bijak bersandiwara demi kepentingan diri mereka.

Apakah titah Sultan dan Raja Nazrin tempoh hari tidak dipedulikan sama sekali.......dan tidak sedikitpun berbekas di hati bagi menjelmakan keinsafan atau menyemai suburkan semula nilai murni sebagai rakyat yang taat dan setia. Tidakkah mencukupi teguran dan titah Sultan yang sudah berulang kali itu di hormati............jika benar kita berjiwa Melayu sejati. Titah atau tindakan bagaimanakah lagi yang mereka ini mahukan.

Janganlah dipekakkan telinga........dibutakan mata......dan digelapkan hati...... Sebagai pemimpin.....Nizar atau sesiapa sahaja di negara ini perlulah menunjukan teladan dan contoh yang baik dan terpuji supaya rakyat boleh berbangga dengan mereka.
Janganlah nanti generasi akan datang akan meriwayatkan mereka sebagai penderhaka dan yang ingkar kepada ikrar warisan pusaka leluhur yang dipertahankan sejak zaman berzaman sebagai bukti kewujudan sebuah negara bangsa yang bertamadun.

Pak Pelandok amat bersedih keadaan ini masih berlarutan........Apakah bangsaku sudah hilang jati diri dan memungkiri perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba.....atau bangsaku telah hilang kecintaan dan kesetiaanya untuk menjadi bangsa sendiri. Tun Sri Lanang akan berhiba hati apabila buku` Sejarah Melayu' karyanya itu sudah tidak menjadi rujukan dan pedoman lagi........

9 comments:

Anonymous said...

Tak elok mengatakan nizar penderhaka, cuma ALLAH saja yang maha mengetahuinya. ALLAH MAHA BESAR DAN BERKUASA.

Anonymous said...

Menuntut hak itu bukan derhaka la ngok... Cermin diri dan golongan yg anda wakili dulu sebelum buat rumusan. Kalau penentuan utk jadi Pemimpin atas dasar restu,adat dan sokongan golongan tertentu,tak perlu la ada SPR.

Anonymous said...

apa lah sangat dengan derhaka tu, sekilo berapa RM? sedangkan menidakkan hukum Allah lebih besar dan membawa pada dosa (derhaka tak berdosa). Sultan tak berkemampuan diakhirat kelak dan dia juga akan diadili oleh Allah. Nizar cume menegak undang undang yang di cipta UMNO. salahkah? Saya yakin krisis di Perak telah mengajar banyak manusia tentang undang undang... best jugak! Pak JIb memulakan dan Nizar terpaksa bersilat, sedangkan Pele Pangkor..... jadi Kambing Hitam yang di sandwich (walau apa pun kesudahanya Najib, Nizar dan Zamry ialah watak Melayu kuno)

Anonymous said...

terima kasih BN kerana merampas kuasa di perak. ia begitu bermakna bagi kami pakatan rakyat. rampasan itu telah menjadi satu kempen agar rakyat mengundi pakatan rakyat. satu iklan yang mengajak rakyat2 malaysia menjadi ahli pakatan rakyat. tolonglah rampas negeri lain pula supaya rakyat bertambah benci dan mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Anonymous said...

Kalau cabar hak sisi undang2 itu derhaka,tak payalah ada undang2 lagi kerana seluruh dunia pun derhaka tiap2 hari.Faham tak Tuan besar?Lagi jangan selalu ingat sendiri orang yg mulia dan orang lain sampah,penderhaka,pengkhianat .Tolong cerdik sikit

Abuzar said...

Nizar, seorang rakyat yang dizalimi, dinafikan hak, dipermainkan oleh pihak "berkuasa". Beliau mewakili rakyat tertindas.

Beliau menuntut "kebenaran & keadilan" melalui proses "mahkamah" berdasarkan perlembagaan dan proses "demokrasi" pembubaran DUN Perak.

Pertuduhan terhadap beliau sebagai "penderhaka" amat tidak wajar. Kecuali mereka yang taksub dan dangkal terhadap prinsip "Raja berperlembagaan" dan "Demokrasi berparlimen".

Institusi Raja juga tertakluk kepada Perlembagaan dan Syariat Allah. Raja menegakkan keadilan dan kedaulatan negara. Sebagaimana konvensyen raja-rakyat Melayu dari kata Laksamana Bentan: Raja adil, disembah. Raja zalim, disanggah"

Soalnya:
Apakah benar Nizar derhaka dalam konteks perundangan?
Apakah benar Istana tidak dibawah pengaruh "segelintir pegawai berkepentingan" atau agenda politik AMNO?

Unknown said...

SAYA RASA ADA BAIKNYA DIKEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT PERAK UNTUK MENENTUKAN APAKAH BENAR NIZAR ITU PENDERHAKA...BUBARKAN DUN PERAK DAN KITA LIHAT APAKAH BN BERANI MENGHADAPI KUASA RAKYAT??????ITU PUN JIKA PEMIMPIN2 BN MEMPUNYAI "TELUR JANTAN"JANTAN BERSEMBUNYI DI BELAKANG MEDIA ARUS PERDANA DAN ISTANA...BEBASKAN MINDA ANDA ,ADAKAH ANDA NAFIKAN BAHAWA ALLAH MAHA BERKUASA?????BUKANNYA PARA PEMIMPIN BN DAN ISTANA.
NANTIKAN KUASA RAKYAT DALAM PRU KE 13 KELAK.

Anonymous said...

Sangat bodoh Pak Pelandok, usahlah nak mengulas kalau tak reti....bodoh....

Pak Pelandok said...

PADA SEMUA YANG MEMBERI KOMEN

Pak Pelandok mengucapkan terima kasih di ats komen dan pandangan baik tuan-tuan.....

Yang baik itu dari allah dan sebaliknya dari kita insan yang kerdil ini.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails