SUSAHNYA NAK LANTIK TIMBALAN KETUA MENTERI
Sudah berminggu-minggu Pulau Pinang tidak mempunyai Timbalan Ketua Menteri 1.........Timbalan Ketua Menteri Melayu yang sepatutnya diharapkan mewakili dan memastikan nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang terjaga dan terpelihara.
Sejak Tim. Ketua Menteri lalu....... Fairuz Khairuddin meletak jawatan kerana tuduhan rasuah..........Pulau Pinang yang di terajui Lim Guan Eng terus mencengkam kuasa........ melaksanakan cita-cita politik DAP untuk `Malaysian Malaysia' tanpa gangguan dan campur tangan PKR.
Sejak Tim. Ketua Menteri lalu....... Fairuz Khairuddin meletak jawatan kerana tuduhan rasuah..........Pulau Pinang yang di terajui Lim Guan Eng terus mencengkam kuasa........ melaksanakan cita-cita politik DAP untuk `Malaysian Malaysia' tanpa gangguan dan campur tangan PKR.
PKR melalui Pemimpin `de facto' nya masih berteka-teki dan meneropong yang tak habis-habis..........entah bila agaknya calon yang sesuai dan yang boleh mengikut telunjuknya akan di temui.........nampak sangat PKR yang sering melaungkan pembohongan untuk menerajui negara dengan ` Kabinet Bayangan'nya..........begitu ketandusan pemimpin untuk di ketengahkan bagi mengisi kekosongan walaupun di sebuah negeri yang kecil.
Nak cari calon yang sesuai.....amanah....ikhlas dan bersih serta `adil' seperti apa yang sering di momokkan kepada rakyat selama ini............. bukan mudah sebenarnya............ kerana pengalaman lalu........... dalam tempoh setahun sahaja di beri kuasa............. dengan rakus dan bebalnya hak rakyat di bolot mereka......... menyeleweng dan rasuah yang sering di tomah dan di lemparkan kepada pimpinan negara rupanya lebih parah dan membusung di dalam PKR sendiri. Kerana itu janganlah asyik mengata dan memfitnah orang lain sahaja......... sedangkan diri dan parti sendiri sebenarnya lebih parah dan pekung baunya lebih pekat..........
Cakap memang senang.......... mempertikai dan memperkecilkan Kerajaan BN sungguh mudah....... namun hakikatnya apakah yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuklah di Kedah dan Selangor hingga kini....... negeri masih di takuk lama......... rakyat semakin tersepit dan tertekan........ apakah langkah atau pakej untuk membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan tertekan ekoran kenaikan harga barang keperluan harian dek penguncupan ekonomi dunia.........Pakej ransangan apakah yang telah di sediakan mereka untuk membantu dan membela rakyat khususnya yang mebuta tuli menyokong mereka selama ini............
Yang ada cuma lah........longkang semakin tersumbat......jalan kampung semakin pecah dan rosak...... dewan semakin usang dan terbiar.........rumput semakin panjang berjela.........sampah kian membukit dan busuk.......... rakyat semakin renggang kemesraan dan ikatan perpaduan.........budaya politik liar.........ganas dan tak beretika semakin berkembang dan subur......... wakil rakyat semakin menghilang dan sukar di temui........alasan semakin banyak dan berbagai di berikan bagi menutup pekung dan kelemahan nyata.
Berbalik cerita calon TKM tu.........pilih saja lah siapa-siapa pun.......... peduke salam mana pun boleh....... bukannya nak buat apa pun..... hanya nak jadi pelengkap korum dan menyedap mata sahaja....... kerana selama ini pun orang lain yang perintah........PKR hanya pak turut dan jadi gurka bawahan sahaja.........Cakap saja hebat sebenarnya..........peranan dan penglibatan tak ada apa pun.........
Apa susahnya.........yang ada hanya YB Batu Maung dan Sungai Bakap sahaja.......... itulah yang terbaik antara yang buruk yang di miliki PKR Pulau Pinang......... mereka ni lah yang beria-ia nak sangat jawatan TKM tu......... angan-angan dan impian mereka tu....dah tak boleh di halang lagi........... jika tak di pilih silap-silap boleh berdemontrasi dan berrefomasi pula..........
Tapi sebenarnya pemimpin `de facto' PKR ada perancangan lain............dia nak pilih dan nak lantik orang lain.....itu yang `delay' lama sangat tu............. tengah pujuk rayu dan menabur umpan dan strategi yang belum tentu di makan. Jika berhasil.........matlamat mereka ialah untuk mengegar dan menggemparkan BN dan seluruh negara........kononnya merekalah yang hebat berpolitik dan pakar strategi.............tunggu dan lihatlah samada ianya mengena atau tidak........
Pak Pelandok nak berpesan kepada anak cucu..........Dengar guruh di langit air tempayan di curah jangan............Yang di kendung tak dapat, yang di kilek berciciran........... Menang jadi abu, kalah jadi arang.................. Menang sabung kampung tergadai............. fikirkanlah duhai rakyat Malaysia yang budiman.
2 comments:
alah sapa pn x kisah...nak kta pkr ikut ckp dap x leh gak..dulu pn amenoo ikot ja ckp gerakan padahal amenoo yg menang banyk kerusi kt penang...2x5 ja semua..dah x dak kuasa ckp la mcm2
padan muka depa...
Post a Comment