TITAH DIRAJA TITAH BERPELEMBAGAAN
`MENYALAKAN API DALAM SEKAM'
`RAJA PEMERINTAH BUKANLAH BUTA PEKAK ATAU BISU'
`JANGAN CEPAT MEMBUANG PELITA KERANA RIANG FAJARKAN MENYINGSING, KERANA HARI SIANG JUGA AKAN BERAKHIR'
`TINDAKAN MENGHINA, MEMPERSENDA DAN MENANAM KEBENCIAN KEPADA INTITUISI - BERUNSUR SUBVERSIF'
Untuk berulang kalinya Duli Raja-Raja Melayu telah menzahirkan titah menyeru rakyat memahami kedudukan intituisi Raja.......menghormati dan mematuhinya sejajar dengan kedudukan yang jelas dalam Perlembagaan negara.
Semalam Tuanku Sultan Perak dan anakandanya menyuarakan lagi titah berkenaan dengan nada jelas penuh terkilan dan amaran. Raja-Raja Melayu berada diatas politik....maknanya tidaklah setaraf mainan dan sengketa politik yang bergolak untuk menyeret.....melibatkan atau menyamakan intituisi berkenaan seperti pertelingkahan politik yang tegang dan sedang berlaku sekarang ini.
Sebagai warga Malaysia yang cintakan tanahairnya......prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adahlah kemuncak kepada pelambangan patriotik dan sejarah ketamadunan rakyat dan negara ini.
Keutuhan intituisi ini bukan sekadar simbol atau lambang sahaja sebaliknya adalah benteng survival dan ketuanan bangsa malah sebagai bukti hidup bahawa negara bangsa ini adalah warisan zaman yang gemilang dan bertamadun tinggi.
Lihatlah daripada tragedi politik yang meruncing di negara ini....... apakah tidak kita sedari..........bahawa wahana dan bahang gelora politik yang boleh menggugat kestabilan..........keamanan.........malah menjuruskan bangsa dan negara kekancah kebinasaan sebenarnya telah di selamatkan oleh kuasa Raja-Raja Melayu ini.
Pak Pelandok sungguh terharu dengan titah ucapan baginda berdua semalam..............tidakkah kita sebagai insan yang matang dan punya pemikiran....masih tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat serta tidakkah terasa sedikit pun untuk mahu menghormati dan menerima titah berkenaan.
Apakah kita masih keras dengan ego dan kesombongan yang kian jauh membawa kearah kebinasaan dan penghinaan. Apakah kita merasakan tiada kaitan langsung dengan titah berkenaan ataupun kita masih merasakan kitalah yang paling hebat......paling berkuasa dan paling popular. Janganlah terus-terusan menghiris perasaan dan jiwa nurani rakyat yang menjungjung tinggi nilai budaya leluhurnya yang telah sebati menjadi jatidirinya ini.
Sebagai rakyat bumi bertuah ini...........titah keramat ini perlulah di ambil kira....di patuhi dan dijadikan azimat perjuangan..............janganlah sehingga tumpah air mata darah......dan sehingga berputih mata.............barulah di masa itu baru kita mahu menginsafi diri dan nasib malang serta ketelanjuran ini.
Pak Pelandok sering berpesan pada anak cucu : Janganlah selepas ini ada lagi manusia yang keras hati dan bebal yang masih bongkak dan sombong bertindak membantah.........menyeret.............menghina dan mempersenda intituisi Raja-Raja ini.............Ingatlah `Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjong'................`Api semasa kecil menjadi kawan.....apabila besar menjadi lawan'.
2 comments:
Institusi Raja tak harus diheret ke kancah politik
KUALA LUMPUR: Pemimpin di semua peringkat mahu supaya titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa Raja berada di atas politik dijadikan peringatan dan panduan supaya institusi Raja-Raja Melayu tidak diheret ke kancah politik.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata institusi Raja adalah lambang kedudukan Melayu dan Islam dengan kedua-dua elemen itu mencerminkan dan membezakan negara ini dengan negara lain.
"Kedudukan itu perlu dipelihara dalam masyarakat majmuk walaupun ada tuntutan populis iaitu kesaksamaan. Soalnya jika Raja tiada, apakah kita mampu mempertahankan keistimewaan Melayu dan Islam? Atau ia turut hilang dengan ketiadaan Raja?
"Atas sebab itu derhaka pada Raja secara tidak langsung adalah derhaka terhadap Melayu dan Islam. Bila ada Raja, iaitu simbol keistimewaan orang Melayu dan Islam dan atas nama memelihara kedudukan, kita boleh menolak apa-apa tuntutan tanpa sebarang alasan.
"Jika sebaliknya, apabila Islam tidak istimewa dan kesaksamaan menjadi asas negara, tiada sebab untuk kita halang, misalnya pembiayaan sekolah mubaligh. Kewujudan sekolah itu pula akan bersaing dengan Islam dan menjejaskan penganut Islam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, Sultan Perak bertitah, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu.
Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama `menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya.
Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata Raja adalah payung kepada semua tidak kira warna kulit, agama, kedudukan, darjat dan fahaman politik.
"Adalah wajar institusi Raja tidak diheret ke kancah politik. Semua pihak perlu menjaga kedudukan Raja-Raja Melayu dan sebarang tindakan mencemar institusi Raja bukan saja salah dari segi undang-undang, malah bertentangan dengan budaya warisan bangsa," katanya.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ahli politik, terutama pembangkang harus menerima imbasan jelas yang dititahkan Sultan Perak bahawa Raja berada di atas politik.
Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga sepakat mengakui kebenaran titah Sultan Azlan Shah bahawa Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka.
Bagaimanapun, PKR dan DAP mahu supaya titah Sultan Perak itu diterjemahkan menerusi tindakan iaitu Raja tidak mencampuri urusan politik, manakala Pas mahu semua pihak menghayati prinsip Raja berperlembagaan dengan mengetahui peranan masing-masing.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, Raja bukan saja tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dilemparkan, malah tidak boleh juga terbabit dengan politik atau proses menentukan kuasa politik.
Gondangmas
Terima kasih di atas pandangan hebat tuan.....
Pak pelandok setuju 120 %.
Post a Comment