OPERA PULAU PINANG
115 orang perwakilan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya, Omar Hassan usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. PAS Permatang Pauh menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus melepaskan jawatan exco dan TKM 1 Pulau Pinang dan meletakkan jawatan ADUN sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan."Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat).
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengkritik Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memaklumkan perletakan jawatan Fairus kepadanya. Menurut Lim, tindakan itu seolah-olah membelakangkan kesepakatan antara kedua-dua parti itu.Pertelingkahan itu menjadi lebih panas apabila ada `perang media ’ oleh Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Zahrin Mohd Hashim.
Dalam barisan Exco Pulau Pinang, PAS tidak mempunyai seorang pun wakil walaupun mereka adalah bersaudara dalam Pakatan Rakyat. Ini bermaksud PAS tidak mempunyai ADUN yang layak untuk dilantik ke jawatan itu....... atau DAP dan PKR sebenarnya tidak mahu imej "Islam" PAS dalam kerajaan Pulau Pinang?..........Atau PAS yang tak sedar diri selama ini.........mereka di jadikan kuda tunggangan..........dan mereka sebenarnya `melukut di tepi gantang’ sahaja.
Pak Pelandok teringat semasa di PKR Bukit Selambau lalu............beberapa petugas taksub PAS dari Permatang Pauh sempat berbual dengan Pak Pelandok...........mereka dengan bangga melahirkan kerja keras dan perjuangan mereka selama ini khususnya untuk memenangkan calon PKR di Bukit selambau adalah tugas suci dan mulia.........perjuangan menegakan agama Allah dan perjuangan Islam............menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Pak Pelandok terfikir sejenak.......... benarkah ungkapan sedemikian...........apakah hanya perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PKR sahaja yang bertunjangkan `amal makruf...nahi mungkar’ dan calon PKR di Bukit Selambau itu seorang Islam yang bertaraf ulama..........atau pun Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ini di terajui oleh seorang Tok Guru atau Ulama dan pentadbirannya menyerupai `Kerajaan Islam di zaman Khulafa Arrasyidin atau Umar Ibnu Aziz.
Lalu Pak Pelandok bertanya lagi...............Apakah Kerajaan Persekutuan yang ada kini.........yang telah berjasa mengangkat maruah...harga diri dan martabat bangsa dan agama daripada lembah kehinaan dan kebinasaan.........bukan perjuangan mulia dan suci.............perjuangan yang membela dan memastikan ekonomi.........pendidikan..........sosial dan siasah bangsa dan negara tidak Islami............. Tiada jawapan dari sahabat PAS Pak Pelandok itu.
Sahabat PAS berkata lagi.........sistem sekarang tidak Islamik......sumber penuh subahat dan haram..........cara hidup menyimpang dari Islam...................Lalu Pak Pelandok bertanyakan mereka..............dari sumber manakah mereka menyara kehidupan dan keluarga selama ini (sebahagian mereka merupakan kakitangan awam).........bukankah gaji yang di terima sebagai kakitangan awam setiap bulan dari sumber Kerajaan Persekutuan..............sistem apakah yang di gunakan untuk membiayai pinjaman perumahan untuk rumah yang mereka miliki sekarang ini.............. Jika haram dan subahat.............maka selama ini mereka bersekongkol dan bergelumang dengan yang haram itu.......dan selama inilah rumah dan rezeki mereka haram.
Jadi tidak hairanlah kenapa sokongan kepada PKR begitu hebat..........kerana selama ini di dokong dan dibantu oleh jentera dan tenaga `Kakak Tua’ dari PAS yang membuta tuli dan tak pernah mahu berfikir sejenak............kerana minda mereka telah tertutup rapat............malah mereka tak pernah pun terfikir bahawa `pakatan palsu’ ini hanya sebagai kuda tunggangan dan mereka semua sah di peralat dan di perkuda oleh PKR dan DAP.
Pak Pelandok bertanya lagi...........Islam kah Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini...........sudah berapa banyak dasar atau program kah yang telah di laksanakan untuk memperkasa dan memertabatkan agama dan umat Islam di negeri ini........... Apakah dasar dan langkah yang telah di ambil untuk membela dan membantu orang melayu (Islam) yang majoritinya miskin...........terpinggir dan melarat di negeri ini............
Rupa-rupanya pimpinan PAS kawasan Permatang Pauh telah sedar hakikat ini.......... mereka tidak mahu lagi bersekongkol dan terpalit dosa bersama pembohongan dan muslihat PKR dan DAP di Pulau Pinang............kesianya kepada ahli dan penyokong di bawah yang belum membuka mata.........telinga..........minda dan sanubari mereka untuk melihat kebenaran................dan hakikat sebenar.
Pada PRK Penanti ini......kita akan saksikan pertembungan hebat antara PAS menentang PKR dan DAP.
1 comment:
Apa yang hang merapu ni. Pucuk pimpinan belum kata apa-apa hang sibuk buat apa. Apa nak jadi batu api ka? Kalau PAS dan PKR berlaga, yang kenyang BN. Itu yang hang nak provo! Sudahlah cucuk sana, cucuk sini...cukup la.
awang selampit
Post a Comment