Tuesday 21 April 2009

RIBUT MUKTAMAR PAS











PRESIDEN PAS JADI REBUTAN


Muktamar PAS pada JUN nanti di Stadium Melawati akan menyaksikan saingan dan rebutan hebat dikalangan pimpinan Pas. Kebanyakan jawatan tertinggi menjadi idaman mereka yang merasakan layak dan menjanjikan perubahan yang lebih hebat kepada parti ini.

Majoriti ahli-ahli PAS nampaknya mahukan supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sebagai Presiden parti yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memimpin PAS. Kenyataan Nik Aziz pada 13 April lalu mengesahkan keinginannya itu yang di lihat perlu menolak keluar Hj Hadi kerana tindak-tanduknya selama ini terutama mengenai Kerajaan Perpaduan (UMNO-PAS) dilihat merugikan dan membelakangkan Mursyidul Am Pas ini. Persaingan hebat akan lebih membara kerana banyak perwakilan negeri terutama dari Perak dan Wilayah Persekutuan turut mencalonkan Nizar (bekas MB Perak) yang di anggap hero dan pejuang terkini dan akan membawa angin perubahan yang lebih drastik bagi PAS mengapai matlamatnya.

Jawatan Timbalan Presiden juga, ahli-ahli parti itu mahukan supaya Mohammad Sabu yang diberikan peluang untuk memegang jawatan tersebut dan dilihat boleh menjadi seorang Timbalan Presiden yang berkesan kepada Presiden parti. Pertembungan hebat akan berlaku kerana Salahudin Ayob, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nasaruddin Mat Isa juga mengidamkan jawatan ini. Manakala setiusaha agung Kamaruddin Jaafar juga melihat potensi ini dan tidak akan membiarkan dirinya ketinggalan dalam haraki penting PAS kerana kesetiaannya selama ini perlu di balas juga oleh ahli-ahli.

Jawatan Naib Presiden juga akan menyaksikan pertembungan hebat. Antara yang berminat ialah selain mengekalkan Haji Husam Musa termasuklah muka baru Nizar Jamaluddin dan Prof Dr Mahfuz Muhamad, Prof Dr Mahfuz Muhamad mewakili ulama profesional yang ketika ini memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Ahmad Awang dan Mujahid Yusuf Rawa.

Pak Pelandok melihat ini sebagai sebahagian dari tuntutan sistem kepartian itu sendiri. Selagi namanya parti politik walaupun mengunakan wajah dan tema Islamik..........kaedah berpolitik tetap sama....seperti juga yang di amalkan oleh UMNO (walaupun ditempelak tidak Islamik dan Bercelaru). Hasrat dan keinginan manusia berpolitik tetap sama.....inginkan jawatan terutama yang lebih tinggi bagi memenuhi kepuasan diri (maka `teori need hiraki - Maslow) tetap berlaku walaupun dilakangan mereka yang kononnya bergelar ulama dan ustaz ini.

Keinginan manusia yang tak terbatas tetap mahukan kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi dan besar...........tetap mahukan sanjungan dan penghormatan yang lebih besar............Nikmat berkuasa dan di hormati sentiasa bersarang indah dalam setiap nurani manusia walaupun berselindung dengan agama seperti para pemimpin PAS ini.

Pak Pelandok masih teringat kata-kata Nik Aziz dahulu mengenai Tun Mahadir............katanya mungkin nak pegang jawatan sampai mati..........tetapi apabila Tun Mahadir dah lama melepaskan jawatan.......Nik Aziz masih menjadi MB dan Mursidul Am hingga kini..........malah nak merebut jawatan Presiden parti pula Jun nanti. Agaknya orang lain tidak setandingnya atau nak pegang jawatan sampai mati kut.........walaupun nak berjalan pun dah tak terdaya lagi..............

Maka kerana itu............nak bercakap fikirlah dahulu.........`kata dulang paku serpih.....kata orang dia yang lebih' ................Politik tetap daki dunia.......... Manalah nak buang pula Mustafa Ali, Harun Din, Azizan Razak dan ramai lagi dalam kem endorgan tu..........Kesian mereka ni..........

1 comment:

Anonymous said...

bro, sapa pun yg kat atas, corak pemikiran tetap sama. pas tetap pas. ahli pas tetap sokong secara total. pkr boleh dibeli. umno hentam sama sendiri. dap untuk cina aje. mic parti samy. ppp tak tau unt apa. gerakan ???. suka tak suka kita perlu akui semangat jatidiri pas tinggi. yg kaki nombor pun ramai tapi tetap keluar mengundi. berlainan dgn ramai ahli umno - 1 tak keluar mengundi 2 undi parti lawan.

http://pepatih9.blogspot.com

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails