Wednesday, 1 April 2009

HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA




ERA BARU NEGARA BANGSA


Malaysia memasuki era baru .......mungkin esok atau lusa..........Perdana Menteri baru akan mengangkat sumpah......... Sudah pasti Presiden baru UMNO.... Dato' Najib akan menerajui negara mulai hujubng minggu ini.

Maka bermulalah era baru kepimpinan tanahair dan akan menyaksikan Perdana Menteri yang keenam........memulakan legasi dan membentuk barisan kabinet baru bagi meneruskan wawasan negara demi bangsa dan tanahair.

Maka ramailah para pemimpin dan ahli parlimen BN yang mula memasang impian dan harapan terutama pemimpin UMNO yang memenangi kerusi Majlis Tertinggi mingu lepas mula mencatur langkah dan mencongak perjalanan seterusnya.............

Paling mendebarkan ialah yang kalah dalam pertandingan MT itu.........bolehlah mula memperkemaskan barang-barang peribadi di pejabat menteri kerana secara prinsip dan tradisinya...........amatlah tipis peluang mereka untuk kembali menjawat jawatan menteri berkenaan.

Seluruh negara dan rakyat begitu mengharapkan satu perubahan dan corak kepimpinan baru yang dinamik, progresif dan membanggakan daripada bakal Perdana Menteri ini........... melihat pada gaya.......watak dan cara kepimpinannya..........sudah pasti negara akan lebih stabil....makmur dan berjaya..............dan paling diharapkan ialah Najib dapat mengawal kemelut dan krisis samada politik, ekonomi atau menyelesaikan isu-isu perkauman yang kian menghakis kesejahteraan rakyat dan negara.

Dek kerana ketegasan dan kepimpinan yang terserlah itulah......pembangkang terutama PKR menyerangnya bertalu-talu.........isu-isu peribadi........kononnya rasuah dan kaitan dengan pembunuhan wanita Monggolia di sebar dan ditujamkan dengan bersungguh-sungguh bagi mencalarkan imej dan kewibawaan Najib...........walhal semua yang di tuduh itu ternyata palsu....fitnah jahat dan mainan politik murahan pembangkang kerana bimbangkan ketegasan dan keikhlasan serta kewibawaan Najib.........pembangkang juga sudah membayangkan masalah dan tentangan hebat yang bakal mereka hadapi ekoran gaya dan corak kepimpinan Najib yang tak akan besekongkol dengan segala yang palsu....fitnah dan politik meruntuhkan negara itu...........

Malaysia pasti berubah ke era lebih hebat dan cemerlang............Pak Pelandok begitu optimis dengan kebolehan dan kewibawaan bakal Perdana Menteri Malaysia ini.

1 comment:

Z-MAY said...

aklan lebih hebat dan selamat jika pengkhianat bangsa, penghasut dan pengfitnah di hapuskan...

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails