Thursday 7 May 2009

KUNG FU SIVAKUMAR














NAK KERUSI....NAK KERUSI.......JANGAN AMBIL.......JANGAN AMBIL : SANDIWARA KUNG FU SIVAKUMAR

Sandiwara di DUN Perak masih berterusan........
Sivakumar yang dah terlucut kerusi Speakernya tidak mahu menerima kenyataan.......

Maka memekik-mekiklah dia semasa ditarik dan diusir keluar dari kerusi Speaker yang didudukinya selama 1 tahun lebih ini......

Kedengaran suara lesu yang sebelum ini begitu lantang dan garang......Jangan tarik.....jangan tarik.....tak mahu......tak mahu.......nak kerusi.....nak kerusi....

Kasihan dia.....Kasihan Sivakumar.......

Siapa pun tentu akan hiba dan sedih......kerana dengan tiba-tiba keempukan dan nikmat duduk di atas kerusi berkuasa itu sungguh hebat.

Tiba-tiba terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana peraturan dan demokrasi.....
Selepas ini terpaksa duduk sebaris dengan orang lain..... di bawah pula tu.........

Maka hati mana yang tak hiba.......hati mana yang tak sedih..........SEDAP-SEDAP BERADA DI KERUSI HIKMAT TU............tiba-tiba orang lain yang akan mengantikannya disitu....depan mata pula tu..........

Lalu suara raungan terdengar semula: Tak nak- tak nak.......jangan tarik aku......aku nak duduk di situ lagi....selama-lamanya.......

Kesian Sivakumar.......apa dah jadi ni.......kena periksa dan rawat segera nampaknya....... tekanan akibat kehilangan sebuah kerusi rupanya begitu hebat dan dahsyat.....Patutlah selama ini beria-ia benar mempertahankannya........

Kasihan dia....Kasihan dia........Pak Pelandok pun teringat pesan orang tuan-tuan : Bahawa Langit Tak Selalu Cerah.......Beringat Sebelum Kena........Berjimat Sebelum Habis....... Maka habislah Sivakumar kali ini......yang ada hanya sejarah hitam dalam perjalanan sebuah sandiwara politik `Beringin Rendang'.

1 comment:

Anonymous said...

Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

(1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

(2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

(3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

(4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

(5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

(6)- Jika arahan speaker sah, apakah hukumannya kepada polis yang masuk campur, mengheret speaker dan mengurungnya di dalam stor ?

Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
tolonglah .........916

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails