
Pak Pelandok sedang berkelana di Terengganu..... mencari ilham dan meninjau perkembangan pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu yang kian terasa bahangnya.
Kesempatan berada lama di Kuala Terengganu .... membolehkan Pak Pelandok meninjau hampir keseluruhan kawasan Kuala Terengganu ni......
Apa yang Pak Pelandok dapati kini..... sejak tiga tahun Pak Pelandok berhijrah ke utara...... Pak Pelandok dapati kepesatan pembangunan Kuala Terengganu memang sudah berubah dan berbeza sama sekali sejak tiga tahun semasa Pak Pelandok menetap di sini dahulu.
Di Cendering sudah ada Kampus Cawangan UiTM, deretan rumah mewah dan semi-d selain jalan raya yang lebar dan sempurna.
Kedai-kedai makan sentiasa penuh terutama di waktu malam, menandakan tahap ekonomi rakyat Terengganu yang bertambah baik.
Pasar Payang dan Pasaraya Maidin di Jalan Hiliran setiap hari penuh sesak dengan pelanggan yang sentiasa sibuk membeli belah.
Rumah-rumah persendirian tumbuh bagai cendawan dengan senibina yang cantik menawan dan berkeluasan yang selesa.
Menyusuri jalanraya di pusat bandar diwaktu malam..... dapat di saksikan keindahan malam dengan tiupan bayu laut yang nyaman....... bertemankan gemerlapan dan kilauan lampu neon beraneka warna yang sungguh menawan dan mengasyikan.
Pak Pelandok terfikir...... betapa hebat, pantas dan terancangnya pembangunan yang dilaksanakankan di sini. Bertuah sungguh orang Terengganu.... sekarang ini serba serbi ada. Segala kemudahan telah di sediakan mencakupi semua aspek .... dari peluang ekonomi kepada aspek pendidikan maupun perumahan. Bertuah sungguh orang Kuala Terengganu.
Mungkin orang Kuala Terengganu sendiri tidak menyedari perubahan dan pembangunan pesat ini, kerana setiap hari mereka melihat dan melaluinya, sehinggakan mungkin tidak terasa lagi......
Tetapi bagi Pak Pelandok yang berada di luar dan pelancong luar sudah tentu merasai, menyedari dan turut mengucapkan kata-kata tentang kepesatan dan keindahan Kuala Terengganu la ni....
Sudah sewajarnya orang Kuala Terengganu berasa bangga dengan perubahan dan kejayaan ini. Sudah pasti apa yang berada didepan mata sekarang ini adalah hasil usaha pemimpin dan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menunaikan janji dan amanah demi masa depan rakyat dan negeri.
Pesan Pak Pelandok... jangan dek terpesona dengan kempen dan gula-gula pilihanraya ini, para pengundi terpengaruh untuk membuat keputusan yang silap..... sehingga boleh merencat dan mengendalakan segala perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan di laksanakan ini. Kuala Terengganu mempunyai masa depan dan potensi yangh cerah dan besar untuk lebih maju. Jangan hentikan setakat ini sahaja, jangan di gagalkan perancangan untuk masa depan anak cucu kita agar lebih gah di persana negara dan antarabangsa.