PAS BERGASAK BEREBUT JAWATAN
Muktahir ini.........PAS bergelora dalam arus politik negara..........perbincangan dan tumpuan topik adalah kepada perebutan jawatan tertinggi PAS yang akan berlangsung pada muktamar di Selangor Jun nanti.
Jawatan Presiden...Timbalan Presiden dan Naib Presiden begitu panas menjadi `target' dan idaman para pemimpin PAS yang begitu mengharapkan dapat mengisi kedudukan tertinggi berkenaan. Calon-calonnya bukan main sibuk sekarang ini...........melobi....berkempen dan saling mengeluarkan kenyataan samada mengangkat diri atau menyerang calon lawan mereka.
Malah jawatan utama dan kedua yang sangat-sangat diidamkan ramai itu...terutama oleh penyandang sekarang dan Nik Aziz...sebenarnya bukan mereka sahaja yang mahukan jawatan berkenaan....malah secara senyap timbalan sekarang Nasaruddin Md Isa dan semua Naib Presiden begitu berharap dan berdoa semoga mereka di calonkan serta di beri peluang menduduki kerusi empuk yang hebat itu.
Tak cukup dengan kempen dan lobi melobi itu...........maka isu-isu `Kerajaan Perpaduan'............Jawatan Presiden dan Timbalan perlu di untukkan untuk ulama...........maka suara sumbang dan nada panas berapi serta pertelingkahan semakin lantang mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang sering terbabas dan menegakan benang basah......tidak hairanlah kerana selama ini PAS tidak mempunyai perlembagaan dan aturan jelas bagaimana untuk mengisi jawatan tertinggi dan bagaimana pula untuk beroperasi secara sihat dan `Islam'.
Pak Pelandok melihat ini semua........tidak ubah sebagai permainan dan tindakan politik semata-mata........ bahawa sebagai sebuah parti politik PAS juga tidak pernah lari dari tuntutan dan kaedah berpolitik duniawi sebegini.........maka samalah sahaja PAS dengan parti politik yang lain.......samalah secara fizikalnya seperti UMNO...........MIC.........MCA...........PKR dan DAP.
Apa yang lainnya..........hanyalah slogan dan momokan Islam sahaja....walhal perjalanan.......sikap dan tindakan malah rohnya tetap sebuah parti politik `duniawi' yang sering berbalah.........merebut kuasa dan jawatan.............bercakaran dan penuh dengan sifat-sifat bukan kemanusiaan malah tak lari dari amalan `Marciveli' yang menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat dan kepentingan.
Demi jawatan hilang sudah topeng kewarakan pada yang bergelar ulama........hilang sudah etika kesantunan dan musyawarah dalam barisan kepimpinan PAS..............serang-menyerang.............bongkar-membongkar...............umpat dan caci mulai jelas kelihatan di wajah mereka.................hilang nilai dan budaya Islam yang dicanangkan selama ini................hanya kerana kuasa dan kedudukan.
Maka semakin jelaslah ..........sebagai sebuah parti politik PAS juga sama seperti yang lain...........walalupun kononnya mempunyai Majlis Syura dan Ulama..........walaupun sering menempelak dan menuduh UMNO tidak Islamik.............maka perjalanan dan peri tindakan PAS sekarang jauh menyimpang dari landasan dan tuntutan agama.
Lihatlah bagaimana PAS sanggup membelakangkan prinsip dengan jalinan hubungan akrab dan mesra dengan DAP yang jelas menentang `hudud' dan `negara Islam'..............lihat pula hubungan setia dan mantap PAS dengan PKR.........sebuah parti sekular yang jelas membawa kebatilan....pembohongan dan budaya fitnah.....ganas dan liar di negara ini.
Apakah Islam membenarkan hubungan intim sebegitu rupa sehingga sanggup mengadai diri demi mendapat kuasa dan kedudukan...........sampai bila PAS mahu di perbodoh dan di pergunakan oleh DAP dan PKR..........apakah matlamat `perjuangan Islam' boleh di ketepikan semudah itu........demi menjalin hubugan mungkar dan songsang ini.
Maka PAS janganlah terus sombong diri..........nilai dan kaji lah kedudukan sekarang ini........kembalilah kepada pangkal dan fitrah demi kepentingan agama.......bangsa dan tanah air. Jernihkan dan tautkan hubungan dengan parti seagama dan sebangsa......kerana itu lebih baik dari menjadi mangsa dan pupus dek adu dumba dan mainan jahat rakan kongsi yang bermain mata selama ini.
Perebutan kuasa dan jawatan antara blok ulama dan pro endorgan adalah mainan biasa politik.....tetapi ganjil dan huduh pada parti yang mengaku Islam..........Maka sama sahajalah parti politik yang lain dengan PAS ini............ berebut kuasa dan kempen serta serangan panas yang melampaui susila adalah permaian politik.............maka PAS juga seperti yang lain...........2 x 5 dan lebih teruk dan huduh dari yang lain.
3 comments:
nama pun kuasa..semua ada hajat.
mungkin ada yg ambil peluang ms pemilihan PAS ni Tak?
parti islam pada mulut mereka. hakikatnya mereka parti politik yg berpolitik... org politik... jiwa politik... roh politik... penuh tipu helah politik...
ikan emas
opotunis sentiasa menanti peluang...paling kurang pun tukang buat kecoh dan wujudkan ketegangan.
Z-MAY
Jika dah namanya politik....wajah dan baju apapun tetap jua politik..
Terima kasih pd kalian semua.....
Post a Comment